Wednesday, November 24, 2021

Tahniah UiTM Pahang, Tahniah Nurul Afzan!

Tahniah kepada UiTM Cawangan Pahang yang telah memenangi UiTM Techno Venture(UTV)  consultancy Annual Awards 2021. 

Tahniah juga kepada Puan Nurul Afzan Najid kerana disenarai pendek bagi penerima Anugerah Top Talent Awards.


Monday, November 22, 2021

Kejayaan Emas di Pertandingan Inovasi In-ViDE 2021 penuhi dan melengkapkan PI 79d

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pensyarah DM52, PTFT dan Pelajar Praktikal Fakulti Perakaunan yang telah memenangi pingat EMAS di dalam pertandingan inovasi International Virtual Expo of Innovation Product and System Design 2021 (In-ViDE 2021).

Kejayaan ini telah membantu Fakulti Perakaunan memenuhi dan melengkapkan PI 79d - No. of others Research Awards (not organized by UiTM)

Ahli AOTB adalah :
Tajuk: ACCOUNTING ON THE BLOCK (AOTB) - “Basic Card Games: An EntrĂ©e to Accounting”
Ketua: Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad
Norlaila Md Din
Junaidah Jamaluddin
Humairaa Hasan
Nurul Hassanah Hamzah
Suliza Suhaimin 
Noor Batrisya Mohmad Badli

Diharapkan penyertaan dan kejayaan yang dicapai ini dapat membakar semangat para pensyarah untuk menyertai lebih banyak pertandingan disamping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.















Bengkel Apa Itu Annual Report? Tahniah Puan Syahida Md Zeni

Pelajar Perakaunan bahagian 3 dan 5 Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah menganjurkan bengkel Apa Itu Annual Report? Annual Report merupakan laporan kewangan daripada aktiviti perusahaan dalam setahun yang penting untuk pelajar bidang perakaunan cakna dan beri perhatian.

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan penerangan tentang Annual Report iaitu salah satu topik yang akan dipelajari pelajar bahagian 3 dan 5. 

Program ini diadakan pada 22 November 2021 (Isnin), 2:30 PM - 4:30 PM di Platform: Microsoft Teams yang dikendalikan oleh Puan Syahida Md Zeni.



Ucapan Tahniah Pelantikan Semula Rektor UiTM Cawangan Pahang

 


Warga Fakulti Perakaunan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Profesor Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan di atas pelantikan semula sebagai Rektor UiTM Cawangan Pahang berkuatkuasa 22 November 2021.

Semoga dengan pelantikan semula ini, YBhg. Prof. dapat terus memacu dan memimpin kecemerlangan warga UiTM Cawangan Pahang.

Tahniah sekali lagi, Prof!

Friday, November 19, 2021

Tahniah Anis !!! MasterChef FPN !

Tahniah kepada Puan Anis Barieyah Mat Bahari kerana muncul JUARA dengan masakan Gulai Nenas Udang Debit Kredit di Pertandingan Memasak Campak-campak Asal Siap & Jualan Amal Tabung Kebajikan Staf dan Pelajar.  

Pertandingan anjuran Kelab Pensyarah, UiTM Pahang diadakan pada hari Jumaat 19/11/2021 bertempat One Stop Centre, UiTM Caw Pahang Kampus Jengka

Seluruh warga Fakulti Perakaunan berbangga dengan kejayaan anda!