Kadar Sewa dan Tatacara penyewaan



YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof/Tuan/Puan

Adalah dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Eksekutif Negeri (JKEN) Ke-55 Bilangan 08/2023 bertarikh 30 Oktober 2023 telah meluluskan Prosedur Operasi Pengurusan Rumah Tamu UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka seperti ketetapan berikut :

i. Penggunaan Rumah Tamu UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka hanya dikhaskan untuk program utama dan rasmi UiTM sahaja mulai 01  November 2023 dengan kelulusan Rektor / Timbalan Pendaftar Kanan.

ii. Permohonan menggunakan Rumah Tamu UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka adalah menerusi surat rasmi / Email yang dialamatkan kepada Rektor / Timbalan Pendaftar Kanan sahaja, tujuh (7) hari sebelum hari menginap.

iii. Kadar sewa penggunaan bilik dan ruang serta tatacara tempahan Rumah Tamu UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka adalah seperti di lampiran.

iv. Tiada sebarang pengecualian dan pengurangan bayaran untuk sewa bilik dan ruang di Rumah Tamu UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

v.  Penggunaan halaman di sekitar Rumah Tamu UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka untuk program dan majlis adalah tidak dibenarkan.

Sekian, terima kasih.

اوسها، تقوى، موليا  
“MALAYSIA MADANI”
 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,
******************************
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM CAWANGAN PAHANG 
EMAIL: adminucph@uitm.edu.my

No comments:

Post a Comment

Sesi Libat Urus Pekeliling Akademik Bil. 8/2026 & Dokumen Standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) anjuran Jabatan Akademik dan Antarabangsa. Moderator sesi ialah Profesor Ts Dr Syamsul Nor Azlan Mohamad (BPPA)

Slot 1 : BHEK – PENGURUSAN KURIKULUM Masa : 9.00 – 9.30 pagi         Penceramah : Prof. Madya Dr. Suriyani Ariffin, Pengarah BHEK           ...