UiTM 2025 Strategic Plan
Vision:
to establish UiTM as a globally renowned university of science, technology, humanities & ship
Mission:
to lead the development of agile, professional Bumiputra's through state-of-the art curricula & impactful research
UiTM2025 Desired State/keadaan yg dikehendaki:
UiTM mensasarkan matlamat untuk menjadi globally renowned uni by 2025. Matlamat ini berpaksikan/pillared by UiTM2025.
UiTM2025 diikat/anchors pada 3 strategic thrust/tujahan:
quality education, global excellence, value-driven performance.
Setiap strategic thrust berkait dgn strategic themes;
Quality education: education 5.0@uitm, entrepreneurial & well balanced graduates & widened access
Global excellence: translational research development, innovation & commercialisation, industry, community & alumni smart partnership
Value-driven performance: talent excellence, agile governance, smart campus & sustainable funding.
Dasar Kualiti (Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang)
Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang komited untuk menyediakan program yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan ke atas perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan bagi melahirkan graduan profesional yang cemerlang dalam bidang Perakaunan untuk memenuhi kehendak pelanggannya selaras dengan visi Universiti Teknologi MARA.
Objektif Kualiti (Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang) 2023
1. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
- Bilangan kegagalan kursus < 25%
- Mencapai 60% daripada bilangan pelajar sepenuh masa tamat pengajian dengan CGPA > 3.00.
- Pelajar gagal < 3%
- Anugerah Dekan dikalangan pelajar melebihi 10%
- Anugerah Naib Canselor dikalangan pelajar melebihi 1%
- Pelajar bergraduat dalam tempot (GOT) melebihi 90%
2. PENULISAN DAN PENERBITAN
- Penglibatan semua staf fakulti dalam bidang penulisan atau penerbitan ilmiah pada kadar 1 penerbitan setiap tahun - Rujukan 1 | Rujukan 2
3. PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN
- Memastikan sekurang-kurangnya 1 penyelidikan baru yang berdaftar dijalankan setiap tahun - Rujukan
4. INOVASI DAN REKACIPTA
- Mensasarkan 1 penghasilan inovasi atau satu penglibatan dalam pertandingan inovasi setiap tahun - Rujukan 1 | Rujukan 2 (Copyright)
5. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
- Mensasarkan sekurang-kurangnya 10% staf akademik memiliki kelayakan Ijazah Kedoktoran dan 10% memiliki kelayakan profesional menjelang 2025 - Rujukan
- Memastikan 100% staf akademik terlibat dalam penerbitan atau penyelidikan atau inovasi pada tahun semasa
- Semua staf menghadiri latihan 42 jam setahun
6. KHIDMAT MASYARAKATKHIDMAT KOMUNITI, JALINAN INDUSTRI DAN ALUMNI
- Mengendalikan 1 aktiviti jaringan masyarakat dalam tempoh 1 tahun
PIAGAM PELANGGAN (Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang)
Kami berjanji akan memberi perkhidmatan melalui sifat-sifat bersih, cekap dan amanah di dalam bertugas agar dapat disalurkan dengan sempurna dan penuh dedikasi kepada kakitangan, pelajar dan masyarakat Luar.
- Memastikan jumlah jam pengajaran (ATA) pensyarah untuk 1 semester adalah 15 jam seminggu.
- Memastikan bilangan kod kursus bagi setiap pensyarah adalah tidak melebihi tiga kod kursus setiap semester.
- Memastikan maklumbalas kepada pelajar terhadap penilaian kuiz atau ujian dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.
- Memastikan peratus kelulusan bagi setiap kursus adalah 75% ke atas.
- Memastikan indeks penilaian pelajar terhadap pensyarah (SUFO) adalah > 80%.
- Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut silibus yang telah ditetapkan adalah 100%
No comments:
Post a Comment