Thursday, September 29, 2022

Infografik panduan pendaftaran kolej kediaman di Kolej Mat Kilau (KMK)

Assalamualaikum wrt, 
Salam UiTM Dihatiku,
Salam Aspirasi Mat Kilau.

📢 Perhatian kepada Pelajar Siswa UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

📌Memo ini adalah bertujuan untuk memberitahu tentang infografik panduan pendaftaran kolej kediaman di Kolej Mat Kilau (KMK)

📌Disertakan bersama infografik panduan pendaftaran kolej kediaman sebagai rujukan kepada PELAJAR SISWA untuk memudahkan proses pendaftaran berlangsung. 

📌Sebarang persoalan, sila hubungi:

JPK AMIR: http://wa.me/60197073512
JPK KIM: http://-wa.me/60136318531


Sekian, terima kasih.

"Wawasan Kemakmuran Bersama 2030"
"Kepercayaan Mangkin Inspirasi"

•———-———“•(⚜️)•”———-———•

Jawatankuasa Perwakilan Kolej
Kolej Mat Kilau
Sesi 2021/2022
UiTM Cawangan Pahang (Jengka)


🏷🏷🏷🏷🏷🏷🏷🏷🏷🏷🏷🏷
♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️

Memo bertarikh : 28 September 2022



Sembang Topi Bulat

 


Tuesday, September 27, 2022

PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ KOMPLEKS TOK GAJAH SESI OKTOBER 2022-FEBRUARI 2023

Assalamualaikum w.b.t., 
Salam Sejahtera,
Dan Salam UiTM Di Hatiku.

📄MEMO: 26/09/2022📄

PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ KOMPLEKS TOK GAJAH SESI OKTOBER 2022-FEBRUARI 2023

⚜️Perhatian kepada semua pelajar yang akan membuat pendaftaran di Kolej Kompleks Tok Gajah pada 1,2,7,8, dan 9 Oktober 2022, berikut adalah ketetapan mengenai beberapa perkara yang perlu diikuti berserta pelan laluan semasa hari pendaftaran kolej.

URUSAN PENDAFTARAN
1️⃣ Waktu pendaftaran kolej adalah bermula jam 8:00 pagi sehingga 4:30 petang sahaja.

2️⃣Pelajar digalakkan untuk mengikuti tarikh dan masa yang telah dicadangkan oleh Pihak Pengurusan Kolej bagi melancarkan proses pendaftaran.

3️⃣Pelajar diingatkan untuk memakai pakaian mengikut sahsiah rupa diri.

4️⃣Dokumen yang perlu dibawa oleh pelajar semasa pendaftaran adalah:
Pelajar Baru diminta untuk membawa
🖇Surat tawaran belajar 
(Sila paparkan pada dashboard kereta)
Pelajar Lama diminta untuk membawa
🖇Slip keputusan permohonan kolej
🖇Kad Pelajar

5️⃣Pelajar diwajibkan untuk membawa telefon bimbit yang mempunyai sambungan internet  sewaktu proses pendaftaran.

6️⃣Pelajar diwajibkan untuk memuat turun aplikasi pengimbas barcode untuk mengimbas dan mengakses kod qr.

7️⃣Hanya pelajar sahaja yang akan terlibat semasa pendaftaran manakala penjaga/waris pelajar perlu meninggalkan pelajar di drop-off check point dan terus ke parkir blok kediaman yang telah ditetapkan.
Parkir tambahan disediakan sekiranya parkir di blok kediaman tidak mencukupi.

8️⃣Pelajar digalakkan untuk membawa troli sendiri bagi memudahkan urusan pelajar untuk membawa barangan naik ke blok kediaman.

9️⃣Barangan pelajar adalah tanggungjawab sendiri. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan yang berlaku.

🔟Ibu bapa diingatkan untuk tidak mengambil masa terlalu lama di bilik untuk memberi ruang parkir kepada ibu bapa lain.

‼️ Sebarang persoalan boleh diajukan melalui laman rasmi Instagram @jpktokgajah. 

Segala kerjasama anda amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Kompleks Tok Gajah
UiTM Caw. Pahang,
Kampus Jengka,
Sesi 2021/2022


Anugerah Penyelidikan, Penerbitan, Pengajaran & Pembelajaran, Inovasi dan Kualiti (APIQ) 2022

Warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang mengucapkan tahniah kepada Haji Azizi @ Hamizi Hashim atas penerimaan Anugerah Penyelidikan, Penerbitan, Pengajaran & Pembelajaran, Inovasi dan Kualiti (APIQ) bagi tahun 2021 (Anugerah Royalti Tertinggi bagi buku Financial Accounting and Reporting 2) di HIMPU2022 University Utara Malaysia.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang.

Monday, September 12, 2022

Hari Bertemu Pelanggan UiTM Cawangan Pahang

 










Hari Bertemu Pelanggan UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 12 September 2022 (Isnin) 
Masa:  2.00 petang
Tempat:  Dewan Indera Segara


Aturcara Majlis 

2.00 petang:       Pendaftaran
2.30 petang:           Ketibaan JKEN
2.45 petang: Bacaan Doa oleh Ustaz Ahmad Aakif Mohd Nor &Tazkirah oleh Ustaz Muhammad Faridzul Amri Fadzil
3.15 petang    :        Ucapan Rektor UiTM Cawangan Pahang Prof. Ts Dr. Mohd Ilham Adenan

Cabutan bertuah

Sesi bertemu pelanggan Fakulti / Bahagian / Unit

Cabutan bertuah

5.00 petang:  Bersurai