Thursday, February 23, 2023

Lawatan ke Meteor Learning Sdn Bhd

 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Multimedia Technology Enhancement Operations (Meteor) Learning Sdn Bhd, Prof. Madya. Dr Mohd Nazri Mohd Noor telah berbesar hati menerima kunjungan lapan orang pensyarah daripada Pusat Pengajian Perakaunan UiTM Cawangan Pahang di pejabat beliau bertempat di tingkat 7, Block C, Kompleks Kelana Centre Point, Jalan SS 7/19, Ss 7,47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.


Meteor mengendali Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang telah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan pelbagai badan profesional. Mempunyai 55 program merangkumi pelbagai disiplin dalam Pendidikan, Perniagaan & Pengurusan, Teknologi & Sains Gunaan, dan Sains Sosial & Kemanusiaan. OUM dimiliki oleh konsortium 11 universiti awam di Malaysia iaitu Univeristi Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Malaysia Sarawak.


Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman 5 orang pensyarah baharu Pusat Pengajian Perakaunan UiTM Cawangan Pahang iaitu Arina Nabilah Abd Latif, Iliya Dayini Imran, Norlaily Asnawi Sulaiman, Norlinda Zainal Abdul dan Salehah Zafirah Zulkepli berkenaan konsortium yang disertai oleh UiTM, selain laluan kerjaya oleh seorang pensyarah untuk menuju satu tahap tertinggi.


Prof. Madya. Dr Mohd Nazri berpesan supaya kita semua perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan seperti kesihatan yang baik, keluarga yang baik, dan rakan sekerja yang baik. Walau apapun situasi yang kita hadapi, kita hendaklah berfikiran positif dan tidak mengeluh dengan apa jua perkara yang tidak dapat kita lakukan dan sentiasa bersyukur dalam kehidupan seharian kita. Beliau sempat selitkan pesanan untuk sentiasa bersedia dan berani untuk menghadapi apa jua situasi dan persekitaran baru terutamanya bagi 5 orang pensyarah yang merupakan pensyarah baharu di UiTM. Beliau berpesan supaya sentiasa berusaha untuk perbaiki diri untuk menjadi lebih baik agar dapat memberi sumbangan tak ternilai kepada universiti. 


Lawatan selama 40 minit ini diakhiri dengan pesanan supaya kita semua sentiasa berdisiplin. Ia  adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan dan beliau juga turut menasihatkan supaya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah S.W.T.




Norlinda

Lawatan yang sangat memberi inspirasi. Dr. Nazri dengan penuh merendah diri berkongsi pengalaman beliau sebagai CEO. Antara kata-kata beliau yang masih terkesan di hati adalah "you get some you lose some".
Beliau juga berpesan kepada kami yang masih baru ini, supaya berkerja dengan baik. Lawatan ini sangat memberi impak yang sangat baik kepada kami dan menjadikan kami lebih bersemangat.

Zafirah
Beliau mengingatkan bahawa segalanya juga bergantung dengan izin Allah, dan mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

Iliya Dayini
Dari lawatan itu saya juga dapat belajar kita haruslah sentiasa berdisiplin dalam apa jua kerja yg kita lakukan. Dr Nazri memberi contoh bahawa beliau apabila pulang ke rumahnya di Melaka, beliau akan tetap disiplinkan diri untuk solat jemaah di masjid. Di sini kami dapat belajar bahawa disiplin ada merupakan salah satu kunci untuk mencapai kejayaan. Seterusnya melalui lawatan itu juga, kami dapat belajar betapa pentingnya untuk mengadaptasi diri dalam apa jua keadaan dan kita haruslah pandai membawa diri untuk mengembangkan lagi sesebuah organisasi. Ini terbukti apabila Dr Nazri telah berjaya pergi ke Poland, Austria, Vietnam dan negara lain untuk mencari business partner untuk mengembangkan lagi OUM.

Arina Nabiah
Dari lawatan ini, perkara yang paling terkesan pada saya ialah apabila beliau berpesan supaya kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan seperti kesihatan yang baik, keluarga yang baik, dan rakan sekerja yang baik. Walau apapun situasi yang kita hadapi, kita hendaklah berfikiran positif dan tidak mengeluh dengan apa jua perkara yang tidak dapat kita lakukan dan sentiasa bersyukur dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, Dr Nazri sempat bercerita tentang pengalaman beliau ketika menghadiri mesyuarat bersama-sama dengan Naib Canselor bagi setiap universiti di Malaysia. Dr Nazri sempat selitkan pesanan untuk sentiasa bersedia dan berani untuk menghadapi apa jua situasi dan persekitaran baru terutamanya bagi kami yang merupakan pensyarah baharu di UiTM. Beliau berpesan supaya sentiasa berusaha untuk perbaiki diri untuk menjadi lebih baik agar dapat memberi sumbangan tak ternilai kepada universiti.

Norlaily
Perkongsian drpd CEO OUM tentang rahsia kejayaan beliau dalam kerjaya. Untuk beliau mencapai kejayaan sekarang, disiplin adalah perkara utama yang sangat dititikberatkan oleh beliau. Selain daripada itu, beliau juga turut menasihatkan supaya menjaga hubungan dengan Allah swt juga.

The 3rd IOU Conference on Research & Integrated Sciences: Gambia - Malaysia (IOUCRIS 2023)

The 3rd IOU Conference on Research & Integrated Sciences: Gambia, Malaysia and Pakistan (IOUCRIS 2023) was held on 23rd February 2023 at Menara OUM, Kelana Jaya, Selangor Malaysia and 24th February 2023 on a fully online mode. This hybrid conference co hosted by  Open University Malaysia. https://conference.iou.edu.gm/

Eight lecturers from the UiTM Pahang School of Accounting have presented papers as follows:

1. Financial And Non-Financial Zakat Disclosure In Malaysian Islamic Banks 
(Salehah Zafirah Zulkepli, Norlinda Zainal Abdul, Iliya Dayini Imran, Norlaily Asnawi Sulaiman, Arina Nabilah Abd. Latif & Mohamad Azmi Nias Ahmad)

2. Students’ Choice In Accounting And Its Affect On Self-Efficacy Towards Generic Skills:
Evidence From A Malaysian University
(Norlinda Zainal Abdul, Salehah Zafirah Zulkepli, Iliya Dayini Imran, Norlaily Asnawi Sulaiman, Arina Nabilah Abd. Latif & Mohamad Azmi Nias Ahmad)

3. The Impacts Of Mergers And Acqusitions On The Acquirer's Wealth In Emerging Country :
Evidence From Malaysia
(Iliya Dayini Imran, Salehah Zafirah Zulkepli, Norlinda Zainal Abdul, Norlaily Asnawi Sulaiman, Arina Nabilah Abd. Latif & Mohamad Azmi Nias Ahmad)

4. Relationship Between The Company’s Profitability And Working Capital Management: Family Companies In Malaysia
(Norlaily Asnawi Sulaiman, Salehah Zafirah Zulkepli, Norlinda Zainal Abdul, Iliya Dayini Imran, Arina Nabilah Abd. Latif & Mohamad Azmi Nias Ahmad)

5. Determinants Of Tax Non-Compliance: A Literature Review
(Arina Nabilah Abd. Latif, Salehah Zafirah Zulkepli, Norlinda Zainal Abdul, Iliya Dayini Imran, Norlaily Asnawi Sulaiman & Mohamad Azmi Nias Ahmad)

6. E-filing Issues and Challenges for Malaysian Sole-proprietor in the Perspective of Tax Consultant
(Azizi@Hamizi Hashim, Arina Nabilah Abd. Latif, Noor Hasimah M. Yacob, Sabariah Jamaluddin, & Anis Barieyah Binti Mat Bahari)

7. Students’ Allowance vs cost of living in campus: can students survive?
(Syahida Md Zeni, Azizi@Hamizi Hashim, Norlaila Md Din, Junaidah Jamaluddin &
Mohamad Azmi Nias Ahmad)

8. Exploring Archery’s Target Panic In Malaysia
(Mohamad Azmi Nias Ahmad, Kamarul Hisyam Kamaruzzaman, Lily Mazlifa Mustafa, 
Nor Hawani Wan Abdul Rahman & Nur Syazwani Mohammad Fadzillah)





















Wednesday, February 22, 2023

Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 23/24

Tahniah kepada Thirah dan Aiman daripada AC110 kerana telah dilantik sebagai Exco Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 23/24


NUR ATIRAH BINTI ZAKARIA
AC110 3D
011-61038912

MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD AZRI
AC110 3B
011-61007693

Sunday, February 19, 2023

Alumni UiTM Pahang, kini timbalan bendahari UiTM Cawangan Pahang

Selamat Datang & Selamat Bertugas kepada Ts. Mohd. Khairul Izwan bin Mohd. J. Makir, Timbalan Bendahari UiTM Cawangan Pahang bermula 1 Februari 2023.

Beliau adalah Alumni UiTM Pahang (Diploma Perakaunan), kini timbalan bendahari UiTM Cawangan Pahang. Semoga kejayaan beliau menjadi pembakar semangat kepada para pelajar Diploma Perakaunan UiTM Cawangan Pahang.


Thursday, February 16, 2023

Selamat Hari Lahir Puan Anis


FPN Prihatin

UiTM Pahang, 16 Feb 2023 - Fakulti Perakaunan telah memberi sumbangan kepada pelajar bahagian 5 Diploma Perakaunan, Ainasuha Ajeerah binti Abd. Rahim yang telah kematian bapanya pada 5 Februari 2023. Sumbangan telah disampaikan oleh Koordinator Perakaunan, Puan Lily Mazlifa Mustafa. Semoga arwah diampunkan dosanya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga pelajar ini tabah menghadapi dugaan ini di saat peperiksaan akhir sedang berlangsung….aamiin.

Coffee Talk with Rozie | Episode 1 [Season 2023]








CTWR Februari 2023 bersiaran secara langsung di saluran YouTube UiTM, Khamis, 16 Feb 2023 jam 10 pagi bersama Prof Ts. Dr Nor Hayati Saad sebagai tamu undangan yang akan membincangkan topik “The Next Chapter : UiTM in Pursuit of Becoming a Globally Marketable University in 2023”. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM mempengerusikannya.

Prof Ts. Dr Nor Hayati Saad kini bertugas sebagai Penolong Naib Canselor (Strategi), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mengetuai Bahagian Transformasi Universiti (BTU), UiTM.