A.D.A.B.

PELAKSANAAN MODEL A.D.A.B DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER 20242: DIGEST DAN SYNTHESIZE

Semester baharu 20242 telah pun melangkau ke minggu ketiga. Justeru, kami di CG ADAB, Centre for Innovative Delivery & Learning Development (CIDL), UiTM ingin berkongsi beberapa perkara berkaitan elemen 2 dan 3 Model A.D.A.B iaitu Digest dan Synthesize. 

Seperti yang  YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan maklum,  Digest dan Synthesize adalah dua elemen dominan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Digest terlaksana apabila pensyarah:
  1. menyampaikan konten mengikut silibus
  2. menyediakan para pelajar akses kepada bahan pembelajaran seperti ppt., MOOC dan lain-lain bahan serta membimbing mereka untuk menggunakan bahan pembelajaran secara efektif
  3. menyediakan latihan yang mencukupi serta membimbing para pelajar dalam setiap penilaian 
  4. mendedahkan para pelajar kepada isu semasa terutama yang berkaitan adab dan integriti dalam lingkungan bidang masing-masing
Manakala, Synthesize pula dapat dilaksanakan apabila pensyarah mendedahkan para pelajar kepada:

  1. pembelajaran kontekstual agar mereka cakna akan realiti dunia global dan dunia pekerjaan
  2. konten yang memperlihatkan perkaitan diantara ilmu yang diajar dengan persekitaran mereka termasuklah hubungan dengan Tuhan
  3. aktiviti-aktiviti yang menggalakkan proses sintesis berlaku mengikut kesesuaian bidang dan mata pelajaran
Ingin kami kongsikan sekali lagi bahawa Model A.D.A.B telah dibangunkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa. Ianya telah diluluskan di Senat ke-274 pada 7 September 2021 dan pekeliling berkaitan Model A.D.A.B telah dikeluarkan pada 08 Disember 2022 dan tarikh berkuat kuasa adalah pada 01 November 2021. Pengenalan Model A.D.A.B (Analyze. Design. Assess. Built-in Belief) sedari sesi 20214 adalah satu inisiatif ke arah mencapai Globally Renowned University (GRU) 2025, menerusi strategi pendidikan berkualiti (Education 5.0@UiTM) yang berteraskan adab dan amanah.  

Adalah menjadi harapan kami di CG ADAB agar Model A.D.A.B ini dapat dihayati dan diintegrasikan mengikut kreativiti para pensyarah. Bersama-sama ini, kami kongsikan dua poster untuk rujukan semua. Pautan-pautan lain boleh diakses di laman sesawang Bahagian Hal Ehwal Akademik di http://hea.uitm.edu.my di menu Download ˃ Infographics atau di laman sesawang CIDL pada ruangan CG ADAB.

Terima kasih diucapkan kepada warga akademik UiTM atas usaha mengintegrasikan Model A.D.A.B dalam sesi pengajaran masing-masing. Semoga seluruh warga bermanfaat darinya. 


PELAKSANAAN MODEL A.D.A.B DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER 20242

Semester baharu 20242 baru sahaja bermula. Justeru, kami di CG ADAB, Centre for Innovative Delivery & Learning Development (CIDL), UiTM ingin mengucapkan selamat memulakan sesi pengajaran kepada YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan sekalian. Selamat menjalani ibadah puasa kepada para pensyarah yang beragama Islam.

Sedari sesi 20214, Model A.D.A.B (Analyze. Design. Assess. Built-in Belief) telah diperkenalkan kepada seluruh warga UiTM. Inisiatif ini adalah salah satu usaha ke arah mencapai Globally Renowned University (GRU) 2025, menerusi strategi pendidikan berkualiti (Education 5.0@UiTM) berteraskan adab dan amanah dalam pengajaran dan pembelajaran. Model A.D.A.B telah dibangunkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa dan telah diluluskan di Senat ke-274 pada 7 September 2021. Pekeliling berkaitan Model A.D.A.B telah dikeluarkan pada 08 Disember 2022 dan tarikh berkuat kuasa adalah pada 01 November 2021.

Model A.D.A.B akan diteruskan pada sesi semasa (semester 20242) dimulai pada minggu pertama dengan aplikasi Elemen 1 (Situate). Untuk minggu pertama diingatkan empat (4) perkara utama perlu dikongsikan dengan pelajar sebagai Minggu Pengenalan iaitu:
  1. Profil pelajar (peralatan pembelajaran, latar belakang sosio ekonomi, keadaan emosi, keadaan kesihatan, gaya belajar)
  2. Maklumat lengkap berkaitan kursus (silibus, hasil pembelajaran, student learning time (SLT), dan kemahiran dari kursus)
  3. Maklumat lengkap berkaitan keperluan pembelajaran (buku teks, bahan pembelajaran, platform pembelajaran, alat pembelajaran, jenis penilaian, rubrik, tarikh penilaian, entrance & exit survey)
  4. Harapan pensyarah (harapan terhadap kursus, praktis adab-built-in belief). Penyampaian kandungan pembelajaran pada setiap minggu hendaklah dihubungkan dengan nilai ketuhanan, kemanusiaan dan kelestarian alam untuk kesejahteraan insan.
Elemen-elemen lain boleh dilaksanakan sebagaimana yang ditunjukkan di dalam infografik yang disertakan mengikut kreativiti para pensyarah. Umpamanya, aplikasi item pengajaran kolaboratif adalah dari Elemen 5 (Connect). Para pensyarah boleh menyesuaikan setiap elemen dari Model A.D.A.B (Situate, Digest, Synthesize, Create, Connect, Reflect, Value and Extend) mengikut bidang kepakaran dan fakulti masing-masing.

Bersama-sama ini, kami kongsikan beberapa poster untuk rujukan semua. Pautan-pautan lain boleh diakses di laman sesawang Bahagian Hal Ehwal Akademik di http://hea.uitm.edu.my di menu Download ˃ Infographics atau di laman sesawang CIDL pada ruangan CG ADAB.

Terima kasih diucapkan kepada warga akademik UiTM atas usaha mengintegrasikan Model A.D.A.B dalam sesi pengajaran masing-masing. Semoga Model A.D.A.B dapat diaplikasikan dengan jayanya, dalam usaha kita membentuk warga yang holistik, meraikan kepelbagaian dan penuh dengan sifat hormat dan kasih sayang.   

Sekian, terima kasih.
 

Norhapizah Mohd Burhan (PhD)
Felo CG ADAB,
Centre for Innovative Delivery & Learning Development (CIDL), UiTM.
Office of Deputy Vice Chancellor (Academic & International), UiTM.


b,p:

Profesor Madya Dr. Zainuddin Ibrahim
Head of Delivery And Learning Development
Centre for Innovative Delivery & Learning Development (CIDL), UiTM.
Office of Deputy Vice Chancellor (Academic & International), UiTM.

No comments:

Post a Comment

AMBIL IKTIBAR SIRI 23/2024