Monday, August 29, 2022

Tahniah Penerima TEX






Syabas dan tahniah diucapkan kepada pensyarah Fakulti Perakaunan Uitm Pahang yang tersenarai dalam Penerima Pencapaian Skor Cemerlang Dalam Penilaian Pengajaran 'Teaching Effectiveness Index (TEX)' bagi Semester Oktober 2021 - Februari 2022. Surat ucapan tahniah telah disampaikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof Madya Dr Hajah Nazirah Ramli.

Senarai penerimanya adalah seperti berikut:
1) Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad
2) Anis Barieyah Mat Bahari
3) Junaidah Jamaluddin (Tiada gambar$
4) Noor Hasimah M Yacob
5) Nur Syazwani Mohamad Fadzillah
6) Sabariah Jamaluddin

Tahniah sekali lagi diucapkan. Semoga terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa.




Friday, August 26, 2022

Penerbitan bertajuk "Lawatan Rasmi Dekan Fakulti Perakaunan ke UiTM Cawangan Pahang" penuhi PI049d - Other Publication

Tahniah kepada Nur Syazwani Mohammad Fadzillah & Junaidah Jamaluddin di atas usaha menerbitkan sebuah "penulisan lain-lain" bertajuk Penerbitan bertajuk "Lawatan Rasmi Dekan Fakulti Perakaunan ke UiTM Cawangan Pahang" yang telah berjaya memenuhi PI049d - Other Publications (case studies, technical reports, articles in magazines, newsletters, original writings and publications from conferences, digital or print media).

InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk memenuhi PI-PI yang telah diperturunkan yang berjumlah sebanyak 49 keseluruhannya pada tahun 2022. Untuk rekod, pencapaian Fakulti perakauan bagi PI049d ini adalah yang ke 49 dari 35. 


Selamat Berjuang Haji Azizi

Ayuh lontarkan kata2 semangat untuk beliau diruangan komen.

DNA INTEGRITI BIL. 8/2022 - MODUL INTEGRITI DALAM SISTEM HR2U

Friday, August 12, 2022

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT UiTM CAWANGAN PAHANG

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 


YBhg. Prof./Tuan/Puan

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa, UiTM Cawangan Pahang akan mengadakan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan bermula 
bulan Ogos hingga 16 September 2022.

Oleh yang demikian, Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan peringkat UiTM Cawangan Pahang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

                                 

Tarikh             :           17 Ogos 2022 (Rabu)

 Masa               :           9.45 pagi

 Medium          :           Secara atas talian - pautan akan diberikan kemudian


Sehubungan dengan itu, semua staf UiTM Cawangan Pahang dijemput bersama-sama menyertai majlis tersebut secara atas talian .


Tentatif program 

8.45 pagi         -           Ketibaan Ahli Mesyuarat JKEN ke Studio UHEI

9.45 pagi         -           Majlis Perasmian bermula

                      -           Lagu Negaraku

                      -           Lagu Wawasan Setia Warga

                      -           Doa

                      -           Ucapan Perasmian Bulan Kebangsaan 2022 oleh Rektor

                      -           Gimik Perasmian (Video)

                      -           Deklamasi Sajak 

                      -           Simbolik penyerahan Bendera kepada Ahli JKEN 

            11.30 pagi       -           Bersurai           



Terima kasih.

Siti Balkis binti Mohd Taha
Setiausaha Pejabat 
09-4602002

Wednesday, August 10, 2022

CASHLESS @ UiTM Pahang

Kini anda mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran di Kaunter Bayaran Pejabat Bendahari 

1. Terminal kad debit/kredit
2. QR DuitNow

INFO AUDIT BAHAGIAN AUDIT DALAM EDISI 1/2022

HARI BERTEMU PELANGGAN UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA 2022

 Assalamualaikum & Salam Khazanah Alam,


YH Dato'/Prof./Prof. Madya /Dr./Tuan/Puan yang dihormati,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka akan mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan seperti ketetapan berikut:

Program: Hari Bertemu Pelanggan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka 2022
Tarikh:  26 Ogos 2022 (Jumaat)   12 September 2022 (Isnin)
Waktu:  8.30 pagi - 12.15 tengahari   2.30 petang - 4.30 petang
Tempat: Dewan Indera Segara (DIS)

Tujuan penganjuran program ini adalah untuk:
  1. Mendapatkan maklumbalas dan cadangan penambahbaikan daripada warga kampus
  2. Merapatkan silaturrahim di antara warga Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
Setiap PTJ bahagian/pejabat/unit dan fakulti WAJIB terlibat dengan membuka 'booth' masing-masing di dalam DIS.

Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan warga Kampus Jengka (pentadbiran & akademik) adalah DIWAJIBKAN untuk hadir bagi memeriahkan program ini. KUDAPAN PAGI dan JAM LATIHAN akan disediakan.

Kerjasama dan sokongan warga UCPh didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


"QUALITY IS EVERYONE'S RESPONSIBILITY. NO ONE IS LEFT BEHIND"
_________________________________________________________

MOHD. IKHSAN BIN MD. RAUS
Head of Quality Unit
Senior Lecturer
Faculty of Computer and Mathematical Sciences
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Pahang Kampus Jengka
MALAYSIA
+6094602652

Permohonan Sijil Dekan

  1. Email kpd BHEA UiTM Pahang bheapahang@uitm.edu.my
  2. Nyatakan permohonan utk sijil dekan
Contoh:

Tajuk : Permohonan utk sijil DEKAN

Assalammualaikum

Saya, NAMA, ingin membuat permohonan seperti di atas. Berikut adalah maklumat-maklumat berkaitan:

Nama :
ID Pelajar:
Program : AC110
Kelas : 
Semester : 

Segala usaha pihak tuan/puan dalam memenuhi permohonan ini saya amat hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian


Assalamualaikum wbt.

Saudara/i

Assalamualaikum wbt. Saudara/i

Untuk makluman kepada semua pelajar UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka), merujuk Pekeliling Akademik UiTM Bil. 07/2022.  Bermulanya peperiksaan/penilaian akhir Februari 2022, sesi 1 2021/2022 (20214) dan seterusnya, Sijil Anugerah Dekan diberikan secara DIGITAL (print sendiri).

Mohon lengkapkan maklumat saudara/i di bawah bagi tujuan proses Sijil Anugerah Dekan tersebut melalui Link Google Form yang disertakan di bawah ini.  

Keutamaan diberikan kepada permohonan pelajar semester akhir sahaja (untuk kegunaan pekerjaan dll.)

Sijil Anugerah Dekan akan dihantar melalui emel yang dicatatkan dan tempoh penghantaran bergantung kepada selesainya sijil itu ditandatangani oleh Rektor.

Sekian, harap maklum.  Terima kasih.

https://forms.gle/UM2BnkH8iupuhTnw7 


* Untuk mendapatkan Sijil Anugerah Dekan sebelum peperiksaan sesi 20214 (ianya dalam bentuk hard copy), sila datang ambil sendiri atau wakil ke kaunter HEA, UiTM Kampus Jengka.

TIPS ICT JENGKA BIL 5/2022, 6/2022, 7/2022

 

SDG 11 - Sustainable Cities & Communities

SDG 11: Bandar Dan Masyarakat Yang Mampan

SDG 12 - Responsible Consumption and Production

SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab

Mesyuarat Agihan Baharu Komputer Sewaan di Makmal Komputer UiTM Pahang, Kampus Jengka

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh  : 10 Ogos 2022 (Rabu)
Masa   : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Bilik Mesyuarat Pejabat Pengurusan Infrasuktur & Infostruktur, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka