Sunday, July 23, 2023

PI080 - Number of alumni expert service programme - tercapai

Dua aktiviti anjuran Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang bersama PERSIDA dan anjuran Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang bersama LHDN telah memenuhi PI080 - Number of alumni expert service programme.
  1. Deanner's Night - Media 1 | Media 2
  2. Program Khidmat Masyarakat Taklimat Percukaian Individu : Tanggungjawab Pembayar Cukai, Pelepasan dan Rebat Cuka1 - Media 1 | Blog 1 | Media 2 | Blog 2
Warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang ingin merakam ucapan tahniah dan syabas atas usaha ini kepada pensyarah, pelajar dan warga UiTM. 

Kejayaan yang amat membanggakan ini sangat mengujakan Warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang dan InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk memenuhi PI-PI yang telah diperturunkan yang berjumlah sebanyak 43 keseluruhannya pada tahun 2023. Untuk rekod, pencapaian Fakulti perakauan bagi PI080 ini adalah yang ke 2 dari 1.


Saturday, July 22, 2023

PENYERAHAN REKOD PENTING UNIVERSITI


PENYERAHAN REKOD PENTING UNIVERSITI

Dengan segala hormatnya, kami mengalu-alukan Warga UiTM Cawangan Pahang untuk membuat penyerahan rekod penting universiti di jabatan YBhg. Prof/ Prof Madya/ Dr./ Ir./ Tuan/ Puan/ Encik dan Cik masing-masing. Maklumat lanjut apa itu rekod penting boleh rujuk poster yang disertakan di bawah.

Unit Arkib Universiti, Perpustakaan Al-Bukhari bertanggungjawab bagi perolehan rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia iaitu :

Memperolehi rekod awam yang dalam jagaan atau dibawah kawalan sesuatu pejabat awam, kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara melalui proses pemindahan – Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].

PEMATUHAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (AKTA 709)

Kaedah Pilihan Bayaran Gantian Kad Staf UiTM Secara Atas Talian

Staf UiTM boleh membuat bayaran bagi gantian kad staf secara atas talian melalui sistem UCMS (kad.uitm.edu.my) dengan memilih menu Card Application (rujuk tangkap layar di bawah). Mohon untuk ikut langkah yang terdapat pada skrin.

Wednesday, July 19, 2023

Penerbitan Buku - PI057 - Number of publication published by UiTM Press and other publishers - TERCAPAI



Penerbitan buku "Tekanan Kewangan Dalam Kalangan Mahasiswa UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka " yang telah ditulis oleh penulis-penulis berikut telah memenuhi kriteria sebagai Penerbitan Buku yang memenuhi PI057 - Number of publication published by UiTM Press and other publishers

Warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang ingin merakam ucapan tahniah dan syabas atas usaha ini. 

InsyaAllah dengan kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk menambahkan penulisan di masa yang akan datang. 

Untuk rekod, ini adalah penulisan yang pertama bagi tahun 2023 untuk Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang

Tajuk dan penulis-penulisnya:
  1. Kesan Kenaikan Harga Barang Terhadap Pelajar Universiti - Cabaran dan Cadangan Penyelesaian (Mohamad Azmi Nias Ahmad, Syahida Md Zeni & Sabariah Jamaluddin)
  2. Indeks Sara Hidup Pelajar Di Uitm Jengka (Salehah Zafirah Zulkepli, Fatin Nur Imanina Zulkifli, Nur Syazwanie Amiera Che Hassan,  Nur Ain Zamani, Azween Elisya Imran Harrith, Nurnazihah Hanis Che Zahari,  Nurul Akma Niza Ahmad Rizan, Nurul Nabihah Wardah Mohd Zaidi)
  3. Masalah Kewangan Dalam Kalangan Pelajar (Iliya Dayini Imran, Hanisah Athirah Halid, Nurhazwani Samsudin, Nurul Afina Razali, Nurul Ismahani Abdul Haqq, Nor Safiyqa Ali Safran & Nur Fariza Mohd Ashri)
  4. Pengurusan perbelanjaan harian pelajar UiTM Pahang Kampus Jengka (Norlaily Asnawi Sulaiman, Nur Alya Qistina Mohd Effendy, Nik Kymilia Ayuni Nik Mohd Zahari, Humaira An-Nur Mohd Ezanie, Iman Farisha Fery, ‘Aisyah ‘Irdina Mohd Noor, Nawal Faqihah Hasnol Rizan & Nurin Aqilah Muhammad Noor Isman)
  5. Faktor-faktor ketidakcukupan wang perbelanjaan dalam kalangan pelajar: Satu kajian di UiTM Cawangan Jengka, Pahang (Norlinda Zainal Abdul, Nur Azzahira Hani Nor Izam, Rabiatul Batrisyia Jaini, Nur Natasha Aqilah Mahaizal, Qurratu Ain Nabilah Anuar, Nur Afiqah Ismail Ismail, Najihah Afifah Mohd Nor Zamri, Aida Afiqah Azlan)
  6. Langkah Mengatasi Masalah Kewangan Dalam Kalangan Pelajar UiTM Kampus Jengka (Arina Nabilah Abd. Latif, Siti Aliea Natasha Ja’afar, Nur Adhlin Nazira Zulkefli, Nor Shahira Md Fadzil, Alia Ezaira Husna Nuryus Ezuwan, Fitri Nadzreen Roshisham, Nur Iman Fatihah A’riff)


3 Geran penuhi PI 64 - RM3,000/RM100,000

Tahniah kepada 

1.) Iliya Dayini Imran (Ketua), Salehah Zafirah Zulkepli, Norlaily Asnawi Sulaiman, Norlinda Zainal Abdul dan Arina Nabilah Abd Latif dengan kertas cadangan bertajuk The impacts of Mergers and Acquisitions on the Wealth of the Acquirers: Evidence from Malaysia

2.) Prof Madya Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad (Ketua), Junaidah Jamaluddin, Azizi @ Hamizi Hashim, Arina Nabilah Abd Latif dan Iliya Dayini Imran dengan kertas cadangan bertajuk Accounting Graduate Readiness on Artificial Intelligence Adoption in Malaysia Public University

3.) Norlaily Asnawi Sulaiman (Ketua), Iliya Dayini Imran, Arina Nabilah Abd Latif, Norlinda Zainal Abdul dan Salehah Zafirah Zulkepli dengan kertas cadangan bertajuk The relationship between Working Capital Management and Company's Profitability, Family Companies in Malaysia

kerana membantu Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang memenuhi PI064 - Total amount of research grants: National funded

Jumlah geran dalaman yang diterima berjumlah RM 3,000 untuk selama setahun bermula 7 Ogos 2023.

InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk memenuhi PI-PI yang telah diperturunkan yang berjumlah sebanyak 43 keseluruhannya pada tahun 2023.



CAKNA Risiko Bil.18/2023 - Risiko Perundangan : Peranan Jabatan Undang-Undang Dalam Pengurusan Risiko Perundangan - Bekerjasama Dengan Rakan Kongsi.

MAJLIS PELANCARAN CINCIN GRADUASI UiTM

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pelancaran Cincin Graduasi UiTM akan dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:-

 

Acara               : Majlis Pelancaran Cincin Graduasi UiTM (CGU)

Tarikh               : 18 Julai 2023 (Selasa)

Masa                : 2.00 petang

Tempat             : Aras 7, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin

Perasmi           : YBhg. Professor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor


PAUTAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/live/09JyU-Q_da8?feature=share


3.         Cincin Graduasi UiTM atau CGU merupakan salah satu VCSP KPSK dijalankan dengan kerjasama Pejabat Infostruktur serta Bendahari UiTM bagi memastikan kelestariannya selari dengan galakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menjadikan universiti sebagai pencetus idea dalam membangunkan penyelidikan inovasi produk (R&D&C&I) yang mempunyai daya saing yang tinggi.  Pameran CGU telah diadakan pada istiadat konvokesyen ke-95 dan akan dibuka untuk tempahan bermula konvokesyen ke-97.

 

4.         Sehubungan itu, kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof./Tuan/Puan untuk menonton Majlis Pelancaran CGU ini melalui siaran YouTube UiTM Official di pautan seperti yang disertakan di atas.

 

5.         Ingin dimaklumkan juga, tempahan CGU akan dibuka secara rasminya setelah Majlis Pelancaran melalui laman sesawang cgu.uitm.edu.my.


Raikan Kejayaan Anda dengan CGU.


Sekian, terima kasih dan salam hormat.


Monday, July 17, 2023

Penerbitan bertajuk "UiTM Pahang Tuan Rumah Kejohanan Memanah MSSD Maran 2023" - Other Publications

Penerbitan bertajuk "UiTM Pahang Tuan Rumah Kejohanan Memanah MSSD Maran 2023" yang telah ditulis oleh Mohamad Azmi Nias Ahmad dan Mukhriz Mohamed telah memenuhi kriteria sebagai penulisan Other Publications atau lain-lain elektronik media.

Warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang ingin merakam ucapan tahniah dan syabas atas usaha ini. 

InsyaAllah dengan kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk menambahkan penulisan di masa yang akan datang. 

Untuk rekod, ini adalah penulisan lain-lain yang ke-34 bagi tahun 2023 untuk Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang


Friday, July 14, 2023

Penerbitan 'Journal in MyCite' yang kedua bagi 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Noor Hasimah M Yacob, Nur Syazwani Mohammad Fadzillah, Nor Hawani Wan Abdul Rahman, Lily Mazlifa Mustafa, Sabariah Jamaluddin & Anis Barieyah Mat Bahari, telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk Student Perceptions in Learning Accounting through Open
Distance Learning (ODL): A Case Study of UiTM Pahang Students di GADING Journal of Social Sciences, Volume 26, Number 1, 2023, 81-88. Journal ini berindek MyCite dan bernombor e-ISSN: 2600-7568.

Artikel ini boleh dilayari di dalam talian seperti berikut: - 

Diharapkan kejayaan yang dicapai ini dapat membakar semangat para pensyarah lain untuk menerbitkan lebih banyak artikel-artikel yang berkuali dimasa yang akan datang. #wargafpnpahang



Penerbitan bertajuk "UiTM Pahang Anjur Kursus Kejurulatihan Memanah Asas Kebangsaan" - Other Publications

Penerbitan bertajuk "UiTM Pahang Anjur Kursus Kejurulatihan Memanah Asas Kebangsaan" yang telah ditulis oleh Mohamad Azmi Nias Ahmad dan Mukhriz Mohamedl telah memenuhi kriteria sebagai penulisan Other Publications atau lain-lain elektronik media.

Warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang ingin merakam ucapan tahniah dan syabas atas usaha ini. 

InsyaAllah dengan kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk menambahkan penulisan di masa yang akan datang. 

Untuk rekod, ini adalah penulisan lain-lain yang ke-33 bagi tahun 2023 untuk Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang


WAQAF ILMU SERIES - MICROMOBILITY E-SCOOTER: A TRAVEL MODE INNOVATION IN UNIVERSITY

Sukacita dijemput YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan ke Waqaf Ilmu Series - MicroMobility E-scooter: A Travel Mode In University anjuran PJIM&A dengan kerjasama PTAR dan Infostruktur UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar seperti butiran berikut.

Tarikh : 21 Julai 2023 (Jumaat)

Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar


Penceramah :
Gs Dr Norhazlan Haron
Pensyarah Kanan
Kolej Pengajian Alam Bina
UiTM Cawangan Perak

Sehubungan itu, YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan dijemput hadir atau menyertai program secara dalam talian.

Jam Latihan turut disediakan kepada staf UiTM. 

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah

PROFESOR MADYA DR MUHAMAD ABDUL AZIZ AB GANI
Timbalan Rektor
Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIM&A)
UiTM Cawangan Perak

Thursday, July 6, 2023

PELUANG UNTUK STAF MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PROGRAM DIPLOMA & SARJANA MUDA (SEPARUH MASA)


🗓️Tarikh tutup: 30 Julai 2023

🗒️Semakan syarat kelayakan melalui pautan berikut: https://apply-iceps.uitm.edu.my/index.php/main-course/part-time

📝Permohonan secara atas talian melalui pautan berikut: https://iis-iceps.uitm.edu.my/register

📌📌JANGAN LEPASKAN PELUANG INI, JOM DAFTAR SEKARANG!

Untuk maklumat lanjut, hubungi/ whatsapp:
📲📞www.wasap.my/0355448353
📲📞www.wasap.my/0355448227
📲📞www.wasap.my/0355448294

atau

 📩Emel: pengambilaniceps@uitm.edu.my


"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

===========================================================
Institute of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS)
Aras 2, UiTM-MTDC Technopreneur Centre
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
Tel : +603 5544 8391
Faks : +603 5544 8345
Email: 
iceps@uitm.edu.my

Wednesday, July 5, 2023

Program Open Day Archive di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.


2.    Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang akan menganjurkan Program Open Day Archive 

di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka seperti ketetapan berikut :

                                      Tarikh  :  06 Julai 2023 (Khamis)

                                      Masa   :  8.30 pagi - 5.00 petang

                                      Tempat :  Perpustakaan Al Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka                                 

 3.    Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput semua warga UiTM Cawangan Pahang untuk turut serta ke program tersebut. 

Sebarang pertanyaan, Y.Bhg.Prof/Dr/Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Suhaina binti Ibrahim selaku Pengarah Program di talian : 019-9246211.

Tarikh penting Sufo dan Exit Survey

Monday, July 3, 2023

WEBINAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI ANJURAN JABATAN INFOSTRUKTUR, PEJABAT PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR & INFOSTRUKTUR

Jabatan Infostruktur, PPII akan menganjurkan Webinar Perlindungan Data Peribadi dan ingin mengalu-alukan penglibatan seluruh warga universiti bagi menyertai webinar ini. Objektif webinar ini adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran keselamatan ICT khususnya keselamatan data peribadi dikalangan warga UiTM.
 
Maklumat Webinar adalah seperti berikut:

Tarikh : 06 Julai 2023 (Khamis)
Masa  : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Penceramah : Encik Fazlan Abdullah, Cybersecurity Malaysia (CSM)

Platform  :  Youtube UiTM Channel 
https://www.youtube.com/watch?v=qM3VJn6R7gg
 
Justeru itu, mohon jasa baik pihak YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri/ Dato' Seri/ Datuk/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan dapat membuat hebahan untuk program ini. Jam latihan akan disediakan kepada staf UiTM sahaja.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

PROF. MADYA IR. TS. DR. HJH. JULIANA JOHARI
Penolong Naib Canselor (Infostruktur)
Jabatan Infostruktur
Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Tel  : 03-5544 2198
Fax  : 03-5544 2197

PERTANDINGAN "2023 VIRTUAL 3 MINUTE THESIS (3MT) - NATIONAL LEVEL"

QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2024


2. Untuk makluman warga, UiTM telah berjaya mencapai kedudukan ke-555 dalam keputusan QS World University Rankings 2024 yang disiarkan pada 28 June 2023. Lonjakan sebanyak 102 anak tangga daripada kedudukan #651-700 pada tahun lalu ini menunjukkan hasil yang amat positif dalam usaha untuk menaikkan nama UiTM di pentas antarabangsa.

3. UiTM Global ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Warga UiTM yang terus berusaha untuk meningkatkan kolaborasi bersama universiti dan industri tempatan dan di luar negara. Usaha ini secara langsung telah menaikkan skor pencapaian UiTM bagi Academic Reputation (30% dari skor keseluruhan) dan Employer Reputation (15% dari skor keseluruhan) dalam QS World University Rankings 2024.

4. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput ketua PTJ untuk terus meningkatkan usaha mereka untuk membina hubungan yang lebih bermakna dengan pihak berkepentingan luar melalui pelan pelaksanaan strategik. Semoga usaha berterusan sedemikian dapat membantu UiTM mencapai matlamat untuk menjadi Universiti Terkemuka Dunia menjelang 2025.

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof/Dato'/Datin/tuan/puan bagi bersama-sama meningkatkan prestasi UiTM ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


UiTM Global
Universiti  Teknologi  MARA
Kompleks Antarabangsa
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA
Tel: (+603) 5521 1441
Fax: (+603) 5544 2042

CAKNA Risiko Bil.16/2023 - Risiko Perundangan : Peranan Jabatan Undang-Undang Dalam Pengurusan Risiko Perundangan - Pembangunan Komunikasi Pengurusan Kanan dan Konsultasi