Monday, July 3, 2023

QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2024


2. Untuk makluman warga, UiTM telah berjaya mencapai kedudukan ke-555 dalam keputusan QS World University Rankings 2024 yang disiarkan pada 28 June 2023. Lonjakan sebanyak 102 anak tangga daripada kedudukan #651-700 pada tahun lalu ini menunjukkan hasil yang amat positif dalam usaha untuk menaikkan nama UiTM di pentas antarabangsa.

3. UiTM Global ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Warga UiTM yang terus berusaha untuk meningkatkan kolaborasi bersama universiti dan industri tempatan dan di luar negara. Usaha ini secara langsung telah menaikkan skor pencapaian UiTM bagi Academic Reputation (30% dari skor keseluruhan) dan Employer Reputation (15% dari skor keseluruhan) dalam QS World University Rankings 2024.

4. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput ketua PTJ untuk terus meningkatkan usaha mereka untuk membina hubungan yang lebih bermakna dengan pihak berkepentingan luar melalui pelan pelaksanaan strategik. Semoga usaha berterusan sedemikian dapat membantu UiTM mencapai matlamat untuk menjadi Universiti Terkemuka Dunia menjelang 2025.

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof/Dato'/Datin/tuan/puan bagi bersama-sama meningkatkan prestasi UiTM ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


UiTM Global
Universiti  Teknologi  MARA
Kompleks Antarabangsa
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA
Tel: (+603) 5521 1441
Fax: (+603) 5544 2042

No comments:

Post a Comment

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 41 Emas, 29 Perak...