POLA e-bulletin (Policy, Law and Accounting)
eISSN : 2948-4529
POLA e-Buletin : Policy,Law & Accounting merupakan singkatan kepada gabungan 3 fakulti iaitu Fakulti Perakaunan, Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Mengikut Dewan Bahasa POLA bermaksud corak atau paten. Mengharapkan agar segala bentuk penulisan dan karya yang dihasilkan dalam e-Buletin POLA mampu mencorakkan pemikiran para pembaca. Peranan penulis sangat penting kepada agama ,bangsa dan negara. Dalam berkarya, penulis perlu mempunyai wawasan,matlamat,keikhlasan dan apa jua perkara yang membawa kebaikan kepada khalayak pembaca.
Buletin POLA Edisi Ke-5, Tahun Ke-5 (September 2026) berjaya diterbitkan dengan tema 'AI Beretika & Inovasi Lestari: Memacu Organisasi'. Tema ini mencerminkan kepentingan mengimbangi kemajuan teknologi dengan nilai etika dan kelestarian dalam memperkasa organisasi, khususnya dalam dunia pendidikan tinggi. Edisi kali ini menghimpunkan pelbagai pengisian yang merangkumi program fakulti dan universiti, tip-tip pengajaran dan pembelajaran, perkongsian ilmu serta pengalaman, di samping kupasan isu-isu semasa yang relevan. Diharapkan setiap artikel yang disajikan dapat memberi manfaat, mencetuskan idea baharu dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga fakulti.
Penafian: Segala maklumat dan pandangan yang terkandung dalam Buletin POLA Edisi Ke-4 ini adalah hasil pendapat peribadi penulis artikel dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi penerbit, atau sidang redaksi. Pembaca dinasihatkan mendapatkan nasihat profesional sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan kandungan buletin ini. Pihak penerbit dan universiti tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan maklumat yang disiarkan.
EDISI LEPAS
Accounting and Law - ISSN: 0127-5542
“Accounting & Law” adalah bulletin kerjasama Pusat Pengajian Perakaunan dan Undang-undang yang diterbitkan secara dwi tahunan bagi membuka ruang dan peluang kepada seluruh warga UiTM Cawangan Pahang untuk menyemarakkan lagi aktiviti penulisan dan sebagai wadah bagi pensyarah-pensyarah muda dan para pelajar untuk mengasah kemahiran menulis mereka.
Bulletin ini adalah dwi-bahasa yang diharapkan dapat meningkatkan sumbangan penulisan kepada bulletin ini. ia tidak terbatas kepada isu-isu teknikal yang berkaitan dengan bidang pusat pengajian ini sahaja, tetapi ia merangkumi setiap aspek berkaitan: -
- kehidupan seharian kita seperti isu-isu semasa di kampus dan kawasan persekitaran,
- tip-tip pembelajaran dan pengajaran,
- perkongsian ilmu dan
- berita-berita semasa penglibatan pensyarah dan pelajar di dalam pelbagai aktiviti.
TERBITAN ACCOUNTING & LAW
Volume 2 Issue 1 - Any flip
Volume 2 Issue 1 - pdf
No comments:
Post a Comment