Thursday, July 29, 2021

PEMAKLUMAN WARIS STAF MENINGGAL DUNIA

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang waris staf UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah meninggal dunia seperti maklumat berikut:



Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Penulisan di Voice of Academia

 


Tahniah kepada Naqiah Awang atas usaha menerbitkan sebuah "penulisan lain-lain" bertajuk GRADUATES’ EMPLOYABILITY: ENHANCING STUDENTS’ OVERALL PERFORMANCES yang telah berjaya memenuhi PI 59e - Other Publications (case studies, technical reports, articles in magazines, newsletters, original writings and publications from conferences, digital or print media).

InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh Naqiah ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk memenuhi PI-PI yang telah diperturunkan yang berjumlah sebanyak 51 keseluruhannya pada tahun 2021. Untuk rekod, pencapaian Fakulti perakauan bagi PI59e ini adalah yang ke 11/16 dan penulisan di atas boleh dilayari di https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46788/1/46788.pdf

Mesyuarat Pembentangan Sukuan Kedua Pencapaian Petunjuk Prestasi

 


Mesyuarat Pembentangan Sukuan Kedua Pencapaian Petunjuk Prestasi (PI) UCPhg 2021 secara atas talian seperti ketetapan berikut:

Tarikh   :   29/07/2021 (Khamis)
Masa    :   09.00pagi - 04.00 ptg  
Paltform : Google Meet

Tuesday, July 27, 2021

Penulisan Pelajar HPD235 dan Pensyarah Perakaunan penuhi PI 59e

Tahniah kepada Nur Farah Eza Binti Haidir, Mohamad Azmi Nias Ahmad dan  Nur Syazwani Mohammad Fadzillah atas usaha menerbitkan sebuah "penulisan lain-lain" bertajuk Pelajar Pengurusan Kewangan Lanjutan UiTM Pahang Menganjurkan Program Fun Funds Charity yang telah berjaya memenuhi PI 59e - Other Publications (case studies, technical reports, articles in magazines, newsletters, original writings and publications from conferences, digital or print media).

InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk memenuhi PI-PI yang telah diperturunkan yang berjumlah sebanyak 51 keseluruhannya pada tahun 2021. Untuk rekod, pencapaian Fakulti perakauan bagi PI59e ini adalah 10/16 dan article di atas boleh dilayari di https://news.uitm.edu.my/pelajar-pengurusan-kewangan-lanjutan-uitm-pahang-menganjurkan-program-fun-funds-charity/

Saturday, July 24, 2021

Congratulations Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi, Top Prize Winner ACCA

 


Congratulations Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi, Top Prize Winner ACCA June 2021 Examination.

From : Faculty of Accountancy, UiTM Cawangan Pahang
#ACCA 
#UiTMdihatiku

Thursday, July 22, 2021

Penulisan Junaidah et. al. penuhi PI 59e

Tahniah kepada Junaidah Jamaluddin, Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad dan Nur Syazwani Mohammad Fadzillah atas usaha menerbitkan sebuah "penulisan lain-lain" bertajuk Program Webinar Prestasi Kekal Semasa Lockdown yang telah berjaya memenuhi PI 59e - Other Publications (case studies, technical reports, articles in magazines, newsletters, original writings and publications from conferences, digital or print media).

InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk memenuhi PI-PI yang telah diperturunkan yang berjumlah sebanyak 51 keseluruhannya pada tahun 2021. Untuk rekod pencapaian PI Fakulti perakauan boleh dilayari di https://news.uitm.edu.my/program-webinar-prestasi-kekal-semasa-lockdown/

Final Assessment 22 July - 12 August 2021


 

Monday, July 19, 2021


 

MESYUARAT KHAS PEPERIKSAAN FAKULTI PERAKAUNAN

MEMO MESYUARAT KHAS

Kepada      : Pensyarah Pusat Pengajian Perakaunan UiTM Pahang 
Daripada   : Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad (Ketua Pusat Pengajian )
Tarikh   : 19 Julai 2021 (Isnin)
Perkara     :      Mesyuarat Khas

Dr./ Tuan/ Puan/ Cik,  Berhubung perkara di atas, satu mesyuarat bersama akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh : 21 Julai2021 (Rabu)
Masa : 10 pagi hingga selesai
Platorm         : Google Meet

Agenda Mesyuarat:
1. Perbincangan tentang hal ehwal Penilaian Akhir (Final Assessment)
2. Demo how to filter your email
3. Hal2 lain

Sehubungan dengan itu, Dr./ Tuan/ Puan/ Cik DIMESTIKAN hadir ke mesyuarat tersebut. 

Kehadiran  Dr./ Tuan/ Puan/ Cik amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  

Sekian. Terima kasih
b/p: KPP Fakulti Perakaunan

Wednesday, July 14, 2021

TECH-ED TALKS: 360 Degrees Videos in Higher Education


Date: 14th July 2021 (Thursday)
Time: 10:00am – 11:30am

Panelist: Dr Jorge Reyna 
Senior Educator and Learning Designer
The Royal Australian and New Zealand College of Ophthalmologist (RANZCO)
AUSTRALIA

Moderators: 
1) Madam Salwa Othman (APB, UiTM Shah Alam & CG-360 Video-based Learning, CIDL UiTM)
2) Miss Dianna Suzieanna Mohamad Shah (APB, UiTM Perak Branch & CG-360 Video-based Learning, CIDL UiTM)

* Organised by the Collaborative Group for 360 Video-based Learning (CG 360-VbL) at CIDL UiTM.

Tuesday, July 13, 2021

Mesyuarat Pembukaan Audit Penilaian Luar iQMS & BPPA UiTM Cawangan Pahang 2021

🗓️ Tarikh : 13 Julai 2021 (Selasa)
⏰ Masa : 9:00 pagi
🖥️ Pautan : meet.google.com/hvw-ejgh-iig

➡️ Pembukaan oleh Ketua Unit Kualiti UiTM Cawangan Pahang
➡️ Pembentangan oleh Rektor UiTM Cawangan Pahang
➡️ Pembentangan oleh Ketua Panel Penilai iQMS
➡️ Pembentangan oleh Penaksir dari BPPA
➡️ Mesyuarat ditangguhkan



Monday, July 12, 2021

AMALAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

 AMALAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

1. BERPUASA
Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan ZulhiJjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.
(Imam Ahmad No 6/287)

2. BERTAKBIR & BERZIKIR
Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.
(SURAH al-Hajj: 28)

3. MEMPERBANYAK AMAL SOLEH
"Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini, baginda memaKsuDkan : 10 hari terawal Zulhijjah.” Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda." Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat  menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."
Riwayat al-Bukhari (969)

4. MENUNAIKAN HAJI
“Ibadah umrah kepada umrah berikutnya adalah kaffarah (penghapusan dosa) di antara kedua-duanya. Dan haji yang mabrur tiada balasan (bagi pelakunya) melainkan syurga).”
Riwayat Al-Bukhari (1773) dan Muslim (1449)

5. BERQURBAN
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”  
Riwayat al-Tirmizi (1493)

6. MEMOHON KEAMPUNAN
"Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya."
(Surah Toha : 82)

Sekian, terima kasih.
Pengarah,
Bahagian Hal Ehwal Islam,
Aras 2, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin,
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
Telefon: 03 - 5544 2350
Fax     :  03 - 5543 5635

Halaman Rasmi BHEI: 
http://masjiduitm.uitm.edu.my/
Facebook Masjid UiTM:
https://www.facebook.com/MasjidUiTMShahAlam/

Twitter BHEI: 
https://twitter.com/HalUitm

Instagram Masjid UiTM: 
https://www.instagram.com/masjiduitmshahalam/

Telegram Masjid UiTM: 
https://t.me/masjiduitmshahalam

Youtube Channel: 
https://www.youtube.com/channel/UCtvZgzZTabIhCG3WJTZbtfA

TAKLIMAT PENILAIAN AKHIR JULAI 2021

Sukacita dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan Sesi Taklimat secara atas talian seperti butiran berikut:

Tarikh :            12 Julai 2021 (Isnin) - 3.00 Petang
Saluran :         Aplikasi Cisco Webex
Oleh :             Puan Suhaila HEA


SESI TAKLIMAT BERSAMA PENGARAH BAHAGIAN PENTAKSIRAN & PENILAIAN AKADEMIK (BPPA) UiTM

Sukacita dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Pahang akan menganjurkan Sesi Taklimat secara atas talian seperti butiran berikut:

Tarikh:            12 Julai 2021 (Isnin) 
Masa:              9.00 pagi - 12.00 tengahari
Saluran:          Aplikasi Cisco Webex
Penceramah:     Profesor Madya Ts. Dr. Syamsul Nor Azlan Mohamad 
                        (Pengarah BPPA, UiTM)


Sunday, July 11, 2021

Salam takziah dan salam minggu terakhir (Week 14)

Salam takziah untuk pelajar EC110, UiTM Pahang dan pelajar UiTM Kedah  yang telah pergi menghadap Illahi. Seluruh warga Fakulti Perakaunan UiTM Pahang ingin merakamkan kesedihan kami kepada seluruh ahli keluarga. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh.

Moga Allah ampuni mereka, rahmati mereka, maafkan mereka, muliakan kematian mereka, lapangkan kubur-kubur mereka, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal mereka dan berikan kesabaran kepada ahli keluarga mereka, semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Berkaitan tentang kes kematian 2 pelajar UiTM ini, saya mohon untuk warga Fakulti Perakaunan UiTM Pahang tidak membuat sebarang spekulasi kerana kedua-dua kes ini masih didalam siasatan bagi memastikan punca kematian. 

Memandangkan kita sudah pun berada di minggu ke-14, pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah dinasihatkan agar dapat menguruskan masa dan tekanan yang dihadapi dengan sebaik mungkin.

Pihak Fakulti Perakaunan UiTM Pahang menyeru  jika ada pelajar-pelajar yang mengalami stress sila berhubung dengan PA atau pensyarah yang mengajar atau Koordinator atau Ketua Pusat Pengajian.

Bagi menghadapi minggu-minggu mencabar ini, saya senaraikan 10 tips terbaik untuk kita sama-sama (Pelajar dan Pensyarah) mengawal tekanan dan menguruskan stress.

1. Pengurusan masa
2. Kurangkan komitmen
3. Jangan bertangguh
4. Hubungan baik dengan rakan dan keluarga
5. Lakukan senaman kerap
6. Buang fikiran negatif
7. Makanan seimbang
8. Ambil ruang untuk hobi (Jangan berlebihan ganggu no 1)
9. Ambil masa untuk bertenang
10. Paling penting - Sentiasa berdoa dan mengadu pada Allah

Saya berharap semua warga Fakulti Perakaunan UiTM Pahang tabah menghadapi minggu ke-14 dan audit yang bakal diadakan pada 13-15 Julai 2021.

Dr MANA & Pn Jun (AJK Pengurusan Risiko)
8:32am
11 Julai 2021

Saturday, July 10, 2021

Program webinar - Webinar Prestasi Kekal Semasa Lockdown


Matlamat Pembangunan Mampan atau Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang merangkumi kemajuan masyarakat, perlindungan sosial, kesihatan, kemiskinan, pendidikan, peluang pekerjaan, perubahan iklim dan perlindungan alam sekitar termasuk daripada 17 matlamat yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).  

Justeru itu, bagi menyahut matlamat PBB ini,  untuk bidang SDG 1,2, 3 dan 4 iaitu menghapus kemiskinan, mengakhri kelaparan, kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan pendidikan bermutu, Tanah Merah Archery telah mengadakan Webinar Prestasi Kekal Semasa Lockdown dengan menjemput Ketua Pusat Pengajian Perakaunan UiTM Pahang, yang juga Presiden Memanah Negeri Pahang, Dr Mohamad Azmi bin Nias Ahmad. 

Program yang diadakan pada 10 Julai 2021 ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh ahli panel untuk anjakan prestasi bagi pemanah-pemanah Pusat Latihan Negeri dan Pusat Latihan Daerah Negeri Kelantan selain daripada usaha untuk mencari dana (hasil daripada sumbangan saguhati kesemua panel penceramah) bagi membantu pemanah-pemanah Kelantan yang kebanyakkan daripada mereka adalah dikalangan B40 yang memerlukan bantuan makanan dan kewangan.  Webinar ini telah menggunakan platform facebook live yang telah mendapatkan 512 view. Selain daripada itu, program ini telah berjaya membantu Fakulti Perakaunan memenuhi PI 85 – Number of Knowledge Transfer Programmes (KTP).

Webinar yang telah diadakan bermula 9 malam ini membincangkan formula untuk berjaya, matlamat asas mencapaikan kejayaan, teknik latihan dirumah, penyelenggaran peralatan, tips manangani ‘target panic’ dan bagaimana mengekalkan prestasi sewakti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Penganjuran program ini dapat memberikan faedah dan kebaikan demi jangkauan dalam komuniti dan masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup dan meningkatkan dan mempromosikan kesihatan & kesejahteraan selari dengan Pelan Strategik Universiti.     

Friday, July 2, 2021

Pensyarah FPN menghadiri Webinar Leadership for Future Leader



Emas dan Special Award di V-Miiex 2021

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pensyarah DM45, Fakulti Perakaunan, Naqiah Awang kerana telah memenangi pingat EMAS dan Special Award
di dalam pertandingan inovasi bertajuk FEE-FIFO-FUM Stock Valuation Board Games, di Virtual Melaka International Intellectual Exposition (V-MIIEX) 2021, UiTM, Melaka.

Diharapkan penyertaan dan kejayaan yang dicapai ini dapat membakar semangat para pensyarah untuk menyertai lebih banyak pertandingan disamping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.



Tahniah Nurul Hassanah Binti Hamzah - Pembentang Terbaik

Pihak Fakulti Perakaunan dengan penuh rasa bangga telah mengumumkan bahawa Nurul Hassanah Binti Hamzah (2020403722) telah terpilih sebagai pemenang Pembentangan Cadangan Penyelidikan sesi Mac - Ogos 2021 (20212)

Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Cik  Nurul Hassanah di atas prestasi cemerlang bagi pembentangan cadangan penyelidikan sesi Mac - Ogos 2021 (20212).

Warga Fakulti berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi satu titik permulaan untuk pelajar Graduate on Time (GOT). Semoga terus maju jaya.

 

Mesyuarat Khas FPN - Audit

 

Thursday, July 1, 2021

Pensyarah FPN menghadiri PTNCPI Coffee Talk 1.0

 



Penulisan Noor Hasimah et. al. penuhi PI 59e

Tahniah kepada Noor Hasimah M. Yacob, Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad, Nur Syazwani Mohammad Fadzillah atas usaha menerbitkan sebuah "penulisan lain-lain" bertajuk Pencapaian Cemerlang Bagi Pertengahan Tahun Pertama 2021 Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Pahang yang telah berjaya memenuhi PI 59e - Other Publications (case studies, technical reports, articles in magazines, newsletters, original writings and publications from conferences, digital or print media).

Penulisan ini boleh dicapai di  https://news.uitm.edu.my/pencapaian-cemerlang-bagi-pertengahan-tahun-pertama-2021-fakulti-perakaunan-uitm-cawangan-pahang/

InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk memenuhi PI-PI yang telah diperturunkan yang berjumlah sebanyak 51 keseluruhannya pada tahun 2021. Untuk rekod pencapaian PI Fakulti perakauan boleh dilayari di  https://fpnpahang.blogspot.com/p/kpi-update.html.