Saturday, July 10, 2021

Program webinar - Webinar Prestasi Kekal Semasa Lockdown


Matlamat Pembangunan Mampan atau Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang merangkumi kemajuan masyarakat, perlindungan sosial, kesihatan, kemiskinan, pendidikan, peluang pekerjaan, perubahan iklim dan perlindungan alam sekitar termasuk daripada 17 matlamat yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).  

Justeru itu, bagi menyahut matlamat PBB ini,  untuk bidang SDG 1,2, 3 dan 4 iaitu menghapus kemiskinan, mengakhri kelaparan, kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan pendidikan bermutu, Tanah Merah Archery telah mengadakan Webinar Prestasi Kekal Semasa Lockdown dengan menjemput Ketua Pusat Pengajian Perakaunan UiTM Pahang, yang juga Presiden Memanah Negeri Pahang, Dr Mohamad Azmi bin Nias Ahmad. 

Program yang diadakan pada 10 Julai 2021 ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh ahli panel untuk anjakan prestasi bagi pemanah-pemanah Pusat Latihan Negeri dan Pusat Latihan Daerah Negeri Kelantan selain daripada usaha untuk mencari dana (hasil daripada sumbangan saguhati kesemua panel penceramah) bagi membantu pemanah-pemanah Kelantan yang kebanyakkan daripada mereka adalah dikalangan B40 yang memerlukan bantuan makanan dan kewangan.  Webinar ini telah menggunakan platform facebook live yang telah mendapatkan 512 view. Selain daripada itu, program ini telah berjaya membantu Fakulti Perakaunan memenuhi PI 85 – Number of Knowledge Transfer Programmes (KTP).

Webinar yang telah diadakan bermula 9 malam ini membincangkan formula untuk berjaya, matlamat asas mencapaikan kejayaan, teknik latihan dirumah, penyelenggaran peralatan, tips manangani ‘target panic’ dan bagaimana mengekalkan prestasi sewakti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Penganjuran program ini dapat memberikan faedah dan kebaikan demi jangkauan dalam komuniti dan masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup dan meningkatkan dan mempromosikan kesihatan & kesejahteraan selari dengan Pelan Strategik Universiti.     

No comments:

Post a Comment

Sanah Helwah Pn Lily & Pn Nurul Afzan