Salam takziah untuk pelajar EC110, UiTM Pahang dan pelajar UiTM Kedah yang telah pergi menghadap Illahi. Seluruh warga Fakulti Perakaunan UiTM Pahang ingin merakamkan kesedihan kami kepada seluruh ahli keluarga. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh.
Moga Allah ampuni mereka, rahmati mereka, maafkan mereka, muliakan kematian mereka, lapangkan kubur-kubur mereka, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal mereka dan berikan kesabaran kepada ahli keluarga mereka, semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Berkaitan tentang kes kematian 2 pelajar UiTM ini, saya mohon untuk warga Fakulti Perakaunan UiTM Pahang tidak membuat sebarang spekulasi kerana kedua-dua kes ini masih didalam siasatan bagi memastikan punca kematian.
Memandangkan kita sudah pun berada di minggu ke-14, pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah dinasihatkan agar dapat menguruskan masa dan tekanan yang dihadapi dengan sebaik mungkin.
Pihak Fakulti Perakaunan UiTM Pahang menyeru jika ada pelajar-pelajar yang mengalami stress sila berhubung dengan PA atau pensyarah yang mengajar atau Koordinator atau Ketua Pusat Pengajian.
Bagi menghadapi minggu-minggu mencabar ini, saya senaraikan 10 tips terbaik untuk kita sama-sama (Pelajar dan Pensyarah) mengawal tekanan dan menguruskan stress.
1. Pengurusan masa
2. Kurangkan komitmen
3. Jangan bertangguh
4. Hubungan baik dengan rakan dan keluarga
5. Lakukan senaman kerap
6. Buang fikiran negatif
7. Makanan seimbang
8. Ambil ruang untuk hobi (Jangan berlebihan ganggu no 1)
9. Ambil masa untuk bertenang
10. Paling penting - Sentiasa berdoa dan mengadu pada Allah
Saya berharap semua warga Fakulti Perakaunan UiTM Pahang tabah menghadapi minggu ke-14 dan audit yang bakal diadakan pada 13-15 Julai 2021.
Dr MANA & Pn Jun (AJK Pengurusan Risiko)
8:32am
11 Julai 2021
No comments:
Post a Comment