Monday, June 28, 2021

My Cite publication - Fulfilled PI 65

Congratulation to Nor Hawani Wan Abdul Rahman, Sabariah Jamaluddin, Anis Barieyah Mat Bahari, Lily Mazlifa Mustafa & Noor Hasimah M. Yacob for successfully fulfilled PI 65 Number of indexed publication: Journal in MyCite UiTM Cawangan Pahang, article on COST-IT-RIGHT: FINDING THE BEST APPROACH FOR PRODUCT COSTING in Vol 24 No 01 (2021) - JUNE 2021 in Gading Journal for Social Sciences.

The faculty would like to congratulate them on this success.

Ahli PERSIDA menganjurkan program SULAM bersama pelajar EC110, AS120, AT110, AS117, BA 118 Penuhi PI 31, 32, 33 & 40

UiTM Pahang, 27 JUN 2021, Ahad, Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan (PERSIDA) bersama pelajar EC110, AS120, AT110, AS117, BA 118 membantu penuhi PI 31 - Number of students activities related to community based service learning, PI 32 - Number of community involved with credited courses in relation to service learning activities, PI 33 - Number of undergraduate students involved in activities related to credited courses in relation to service learning & PI 40 - Number of student involved in communication skill related programmes. Untuk rekod,  hanya PI 40 diambilkira untuk Fakulti Perakaunan manakala PI 31, 32 & 33 membantu rakan fakulti-fakulti lain.

Objektif program yang diketuai oleh Nur Hafiqah Aqila Binti Lotfi (AC110) ini adalah untuk membina kerjasama di antara pelajar dan mengelakkan pembaziran dalam pembelian. Selain itu melatih pelajar mengumpul barangan yang boleh dipakai semula. Program ini juga dapat menyemai semangat suka menderma dan membantu golongan yang memerlukan bagi memenuhi keperluan komuniti melalui aktiviti kesukarelawanan menggunakan kepakaran pelajar dan kerjasama antara pelajar. 

Pelbagai barangan telah dijual oleh para pelajar bagi menjayakan aktiviti jual beli ini. Antara barangan yang dijual adalah barangan persendirian “Pre loved” seperti pakaian, minyak wangi dan makanan seperti kueh mueh, biskut dan lain-lain. Hasil kutipan sebanyak RM1,650 telah berjaya dikutip dan diserahkan kepada wakil Pusat Jagaan Cahaya kasih Bestari, Ustazah Farahiah dalam majlis penyerahan. 

Semoga ahli PERSIDA terus mengajurkan program-program yang berkualiti dimasa-masa akan datang. Tahniah kepada ahli PERSIDA, pelajar-pelajar dari EC110, AS120, AT110, AS117 & BA 118 dan tidak dilupakan Unit KO yang diketuai oleh Encik Mat Zaid Bin Yazid.




Saturday, June 26, 2021

AAGBS Research Enhancement Class - Critical Thinking Skills for Post Graduate Students

AAGBS Research Enhancement Class - Critical Thinking Skills for Post Graduate Students. Hosted by Arshad Ayub Graduate Business School - UiTM

Saturday, Jun 26, 2021 
9:00 am - 12:30 pm

By Prof. Dr. Nor'azam Mastuki


Friday, June 25, 2021

PERSIDA menganjurkan program kerjaya bersama LHDN - Penuhi PI 36 & 37

 



program Personal Taxation and Career Talk dari LHDN.

UiTM Pahang, 25 JUN 2021, Jumaat, Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan (PERSIDA) dan Fakulti Perakaunan (AC110) telah menganjurkan program Personal Taxation and Career Talk bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu dan memberi pendedahan kepada Pelajar Bahagian 4 dalam memahami beberapa topik bagi kursus TAX267 (Personal Taxation) dan juga memberi pendedahan kepada dunia kerjaya bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Program yang diadakan melalui Platform Microsoft Teams ini telah menarik kira-kira 160 orang pelajar dan telah berjaya memenuhi PI 36 - Number of student participate in career activities dan PI 37 - Number of companies involved in career activities

Semoga PERSIDA terus mengajurkan program-program yang berkualti dimasa-masa akan datang. Tahniah kepada ahli PERSIDA, pensyarah pengajar dan penasihatnya Pn Syahida Md Zeni.

Pensyarah Perakaunan menyertai webinar Tips in Writing a Good Review Article and Increase Citation Index

Webinar "Tips in Writing a Good Review Article and Increase Citation Index" adalah anjuran PJI UiTM Cawangan Pahang. Program yang diadakan lebih 2 jam ini telah dikendalikan oleh  Panel Dr. Mohamad Azuwa Mohamed, manakala moderatornya Dr. Zul Adlan Mohd Hir.


Adab Whatapp/Telegram Dengan Pensyarah


Adab Semasa Kelas Online

Thursday, June 24, 2021

Program Personal Taxation and Career Talk dari LHDN.


Assalamualaikum wrt, 
Salam UiTM Dihatiku,
 
📢 Perhatian kepada Mahasiswa Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

📌 Fakulti Perakaunan (AC110) akan menganjurkan program Personal Taxation and Career Talk dari LHDN.

📌 Tujuan program diadakan adalah untuk membantu dan memberi pendedahan Fakulti Perakaunan terutamanya Pelajar Bahagian 4 tentang topik bagi kursus TAX267 (Personal Taxation)

📌 Mahasiswa juga akan diberi pendedahan kepada maklumat kerjaya bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

📝 Berikut merupakan butiran program:

🗓️Tarikh : 25 JUN 2021 (Jumaat) 
⏳Masa : 2:00 petang
🏢Platform: Microsoft Teams

📌 Pelajar diminta untuk join Teams menggunakan link berikut
https://tinyurl.com/knm9atkw 
Pastikan anda login/sign in menggunakan email UITM
Cth : (Nama: Ahmad Ali) (No matrik :2019123456)
Email : 2019123456@isiswa.uitm.edu.my
Default Password : Ah@123456 (2 huruf pertama nama anda,huruf pertama huruf besar + @ + 6 no terakhir no matrik)

Jika ada masalah untuk login/sign in Teams, anda boleh sertai program as a guest menggunakan link di bawah, tetapi anda tidak boleh menggunakan fungsi chat. SILA GUNA NAMA SEBENAR UNTUK ATTENDANCE

📌Berikut merupakan link untuk program
https://tinyurl.com/sp4wzm9j

📌 Bahagian 4 diwajibkan untuk hadir !
📌Mahasiswa lain turut digalakkan hadir
📌 Banyak input yang menarik untuk mahasiswa

Jika terdapat sebarang masalah atau persoalan, pelajar boleh berhubung :

📲Adam Naqiuddin: 010-7681814
📲Ahmad Aiman: 017-9750380
📲Isra Damia:019-9094170

PERSATUAN SISWA SISWI DIPLOMA PERAKAUNAN (PERSIDA)

Sekian, terima kasih.✨

Memo bertarikh :24 JUN 2021

Tuesday, June 22, 2021

PENYERTAAN AHLI PERSIDA PENUHI PI 35 dan 40

 

Tahniah kepada ahli PERSIDA dan penasihatnya Pn Syahida Md Zeni kerana telah berjaya memenuhi sebahagian daripada PI 35 - Number of student involved in leadership programmes dan PI 40 - Number of student involved in leadership programmes dengan menyertai Seminar Komunikasi Berkesan di Era Pandemik 2021 anjuran Kokurikulum Pengucapan Awam HPD222 UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Program ini telah diadakan pada 19 Jun 2021  dan diadakan di platform fb Live.

Warga Fakulti mengucapkan tahniah.

PENYERTAAN AHLI PERSIDA PENUHI PI 36


Tahniah kepada ahli PERSIDA dan penasihatnya Pn Syahida Md Zeni kerana telah berjaya memenuhi sebahagian daripada PI 36 - Number of student participate in career activities dengan menyertai program ceramah bertajuk Hala Tuju Pelajar Selepas Diploma anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Program ini telah diadakan pada 2 Mei 2021  selama lebih dari 1 jam (10.15 malam - 11.30 malam) dan diadakan di platform Google Meet. 


Aktiviti PERSIDA PENUHI PI 35 dan 40

 


Tahniah kepada PERSIDA dan penasihatnya Pn Syahida Md Zeni kerana telah berjaya memenuhi PI 35 - Number of student involved in leadership programmes dan PI 40 - Number of student involved in leadership programmes dalam program ilmu "Borak Santai Zohor" bersama Dai' Wan Dazrin anjuran Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan (PERSIDA) Persida Uitm Pahang.

Program ini telah diadakan pada 1 Mei 2021 selepas waktu Zohor (2.15 - 4.30 pm) selama lebih dari 2 jam dan diadakan di platform Instagram Live. 

Semoga PERSIDA terus mengajurkan program-program yang berkualti dimasa-masa akan datang.

Monday, June 21, 2021

Hanya tinggal 4 minggu sahaja lagi sebelum Study break



Kejayaan yang membanggakan untuk PI 70, 73a dan 73b

Tahniah kepada Pn Nurul Afzan Najid, Naqiah Awang dan Nur Syafiqah Hussin kerana membantu Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang memenuhi PI-PI berikut

  1. PI 70 - Number of principal investigators (PI) for research grants: National funded.
  2. PI 73a - Total amount of research grants: National funded.
  3. PI 73b -  Joint Research Projects Between RUs and Non-RUs/ Private Universities/ Industries/ Agencies

Jumlah geran yang diterima daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) oleh pasukan pneyelidik yang diketuai oleh Nurul Afzan Najid ini berjumlah RM 63,600 bermula 24 May 2021 hingga 12 September 2021.

InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk memenuhi PI-PI yang telah diperturunkan yang berjumlah sebanyak 51 keseluruhannya pada tahun 2021.

 

Friday, June 18, 2021

Tahniah kepada Pn Norlaila Md Din - PI 86

Tahniah kepada Pn Norlaila Md Din kerana membantu Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang memenuhi PI 86 "Total amount received (from external) for USR and KTP programmes" berjumlah RM 1,500 pada 11 Mei  2021 (Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan).

InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh Pn Norlaila Md Din ini akan menjadi pembakar semangat kepada rakan yang lain untuk memenuhi PI-PI yang telah diperturunkan yang berjumlah sebanyak 51 keseluruhannya.




Program Bulan Pemantapan Penyelidikan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam 2021 - Sesi 3

Tajuk: Inovasi & Pensyarah Dipisah Tiada 
Tarikh: 18 Jun 2021 (Jumaat)
Masa: 3.00 – 4.30 ptg
Penceramah: Puan Norlaila binti Mohd Din



Wednesday, June 9, 2021

Sekalung Tahniah kepada Cik Nur Syafiqah Hussin


Fakulti Perakaunan Cawangan Pahang ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Cik Nur Syafiqah Hussin kerana telah berjaya mendapatkan biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD.

InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh Nur Syafiqah akan menjadi pembakar semangat kepada rakan yang lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.