Tuesday, August 29, 2023

1 Special Award 1 Emas & 1 Gangsa di econdev 2023














Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

International Virtual e-Content Development Competition 2023 yang dianjurkan oleh Institute of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS), UiTM telah diadakan pada 22 Ogos 2023 hingga 24 Ogos 2023 yang lepas. Sebanyak 12 kumpulan telah mewakili UiTM Cawangan Pahang dan seorang staf UiTM Pahang menjadi ahli kumpulan dari UiTM Melaka. ke International Virtual e-Content Development Competition 2023 dalam dua kategori iaitu  Micro-Credential (MC) dan Massive Open Online Courses (MOOC) . Keputusan pertandingan telah diumumkan pada 30 Ogos 2023 dan kontijen UiTM Pahang telah berjaya memenangi  4 PINGAT EMAS🥇 (3 pingat dari Pahang dan 1 pingat dari UiTM Melaka), 3 PINGAT PERAK🥈 dan 6 PINGAT GANGSA🥉 di dalam pertandingan e-ConDev 2023. Selain itu juga, 1 projek telah berjaya memenangi anugerah BEST MICRO-CREDENTIAL AWARD (BUSINESS AND MANAGEMENT)🏆



Sekian, terima kasih.

MALAYSIA MADANI

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA



Dr. Nor Fadhilah Dzulkifli
Penyelaras Teknologi e-Pembelajaran
--------------------------------------------------------
Pensyarah Kanan 
Fakulti Sains Komputer & Matematik
UiTM Cawangan Pahang
Kampus Jengka
26400 Bandar Jengka
Pahang

Friday, August 25, 2023

Penerbitan bertajuk "2 emas 2 perak 3 gangsa di hari pertama Karnival Sukan MASUM Fasa 1 2023" - Other Publications

Penerbitan bertajuk "2 emas 2 perak 3 gangsa di hari pertama Karnival Sukan MASUM Fasa 1 2023" yang telah ditulis oleh Mohamad Azmi Nias Ahmad & Mukhriz Mohamed telah memenuhi kriteria sebagai penulisan Other Publications atau lain-lain elektronik media.

Warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang ingin merakam ucapan tahniah dan syabas atas usaha ini. 

InsyaAllah dengan kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk menambahkan penulisan di masa yang akan datang. 

Untuk rekod, ini adalah penulisan lain-lain yang ke-37 bagi tahun 2023 untuk Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang