Khidmat Masyarakat

Antara aktiviti yang direkodkan
  1. Charity Cherishly Project - Lauched Feb 2020
  2. Telekung Hospital Jengka - Lauched 2018
  3. Wakaf Arsyad Ayub - May 2020
  4. Bantuan Hari Raya Muslim Kemboja - Mac 2019
--------------------------------------------------------------------
Laporan Penuh


1. Projek Telekung bersama Hospital Jengka 
Satu projek komuniti anjuran Fakulti Perakaunan UiTM Pahang telah dijalankan di Surau Hospital Jengka. Pihak fakulti telah mendapat kebenaran dalam menyediakan telekung dan mencuci telekung setiap dua minggu. Program ini melibatkan semua ahli fakuti yang ditugaskan secara bergilir.



2. Charity Cherishly Project
Projek ini merupakan idea daripada seorang ahli fakulti yang telah meninggal tahun lalu iaitu Allahyarham Yuzainizam Yusop. Ia merupakan satu bentuk bantuan kepada pelajar yang berkeperluan. Barangan tersebut diletakkan di troli yang disediakan. Projek ini dimulakan pada 3hb Februari 2020. 



3. Program Khidmat Masyarakat Pengisian Borang Cukai Pendapatan Individidu 2019 (e Filing)
Program ini telah dijalankan pada 12 Mac 2020 yang menyasarkan staf UiTM Pahang yang memerlukan bantuan dan khidmat nasihat dalam mengisi borang cukai bagi tahun taksiran 2019. Program ini merupakan aktiviti tahunan bagi Fakulti Perakaunan. Bagi tahun 2020, program ini menjemput pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Temerloh untuk menyumbang tenaga bersama sama ahli fakulti untuk menyediakan perkhidmatan kepada staf UiTM
 




4. Program Wakaf Pembinaan Kompleks Arshad Ayub
Sumbangan sebanyak RM1,090.00 telah berjaya dikumpulkan oleh Puan Nur Syazwani dan Puan Lily Mazlifa melalui kutipan daripada ahli fakulti bermula 25-29 hb Mei 2020.


No comments:

Post a Comment