Tuesday, October 31, 2023

Penerbitan bertajuk "FAKULTI PERAKAUNAN UiTM CAWANGAN PAHANG MEMBUDAYAKAN PENDIDIKAN CUKAI BERSAMA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA PAHANG MELALUI PROGRAM SAHABAT HASIL" - Other Publications

Penerbitan bertajuk "Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang Membudayakan Pendidikan Cukai Bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Pahang Melalui Program Sahabat Hasil" yang telah ditulis oleh Noor Hasimah M. Yacob, Anis Barieyah Mat Bahari, Syahida Binti Md Zeni, Salehah Zafirah Zulkepli telah memenuhi kriteria sebagai penulisan Other Publications atau lain-lain elektronik media.

Warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang ingin merakam ucapan tahniah dan syabas atas usaha ini. 

InsyaAllah dengan kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk menambahkan penulisan di masa yang akan datang. 

Untuk rekod, ini adalah penulisan lain-lain yang ke-398 bagi tahun 2023 untuk Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang


Friday, October 27, 2023

SELAMAT BERJUANG KEPADA IRFAN

Unit Sukan BHEP UiTM Cawangan Pahang telah menghantar atlet seramai lima (5) orang mahasiswa, termasuk pelajar bahagian 5 AC110 saudara Irfan AC1105A UCPh dan seorang staf Encik Nazree Ahmad @ Muhamad. 

Atlet - atlet ini diiringi  dua (2) jurulatih iaitu Encik Khairan Shah bin Ahmad dan Cik Nurul Aziezuliawatie binti Abdullah bagi menyertai Kejohanan UiTM International Criterium Anjuran Pusat Sukan UiTM Shah Alam dalam kategori MTB Terbuka IPT Lelaki / Wanita yang akan berlangsung pada  28 Oktober 2023.

Semoga kejayaan mengiringi atlet - atlet UCPh. Hogoh Pahang Hogoh!

#MalaysiaMadani 
#UiTM 
#Uitmdihatiku 
#uitmpahang


Tuesday, October 24, 2023

LAWATAN AKADEMIK KE LHDN

Program:  LAWATAN AKADEMIK KE LHDN
Tema Program: Program Sahabat Hasil
Anjuran: Lembaga Hasil Dalam Negeri Pahang Lokaliti Kuantan & Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang

Tarikh: 24 Oktober 2023
Masa: 9:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Lembaga Hasil Dalam Negeri Pahang Lokaliti Kuantan
PI : PI080 - Number of alumni expert service programme.
SDG: SDG 4 - Quality Education

Penglibatan:  

LHDN
1. Puan Roszita binti Ismail - Pengarah Operasi Negeri Seksyen Khidmat Pelanggan LHDNM Pahang
2. Encik Mohamad Muslih bin Aling
3. Encik Muhammad Hanis bin Bahru Ruzi
4. Encik Muhamad Assif bin Abdullah (alumni AC110/AC220)
5. Encik Mohd Fairuz bin Mohammad Fauzi (alumni BM111)
6.Wan Yuhaniz bt Wan Jusoh @ Wan Nor
7.Sazalina Binti Mohd Najib
8. Norhuda Binti Mohd Nazari
9. Jusoh Bin Ibrahim

FPN UiTM Cawangan Pahang
1.) PM Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad - Ketua Pusat Pengajian
2.) Syahida Md Zeni
3.) Azizi @ Hamizi Hashim
4.) Anis Barieyah Mat Bahari
5.) 70 orang pelajar bahagian 5 AC110

Tujuan/objektif:
1.) Memberi pendedahan kepada pelajar tentang operasi LHDNM yang bertanggungjawab untuk mengutip dan mentadbir cukai langsung negara.

2.) Mendapatkan input yang berkaitan cukai syarikat yang
merupakan salah satu topik dalam kod kursus TAX317 Percukaian II.

3.) Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai praktis yang diamalkan oleh industri dalam pengiraan cukai pendapatan syarikat di Malaysia.

4.) Menambah ilmu pengetahuan mengenai isu-isu semasa dalam bidang percukaian di Malaysia
















Friday, October 13, 2023

Salam Takziah

Dukacita dimaklumkan bahawa ibunda pelajar bahagian 1 (Muhammad Danish Farhat bin Jamaludin) telah kembali kerahmatullah.


Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebahagian dari taman2 syurga.


Seluruh warga Pusat Pengajian Perakaunan mengucapkan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Muhammad Danish Farhat. 


Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.