Wednesday, October 26, 2022

Penerbitan bertajuk "Perjumpaan dengan pelajar Diploma Perakaunan dan Taklimat Pelajar Baru UiTM Cawangan Pahang" penuhi PI049d - Other Publication

Tahniah kepada Noor Hasimah M. Yacob, Lily Mazlifa Mustafa & Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad di atas usaha menerbitkan sebuah "penulisan lain-lain" bertajuk Penerbitan bertajuk "Perjumpaan dengan pelajar Diploma Perakaunan dan Taklimat Pelajar Baru UiTM Cawangan Pahang" yang telah berjaya memenuhi PI049d - Other Publications (case studies, technical reports, articles in magazines, newsletters, original writings and publications from conferences, digital or print media).

InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk memenuhi PI-PI yang telah diperturunkan yang berjumlah sebanyak 35 keseluruhannya pada tahun 2022. Untuk rekod, pencapaian Fakulti perakauan bagi PI049d ini adalah yang ke 50 dari 35. 


SDG 16: PEACE, JUSTICE & STRONG INSTITUTION

Antara matlamat berkaitan agenda SDG 16 termasuklah:

  • Mengurangkan segala bentuk keganasan 
  • Menjunjung prinsip undang-undang dan keadilan
  • Melawan segala bentuk rasuah
  • Terlibat secara aktif dalam memberikan pandangan atau pendirian berkaitan isu melibatkan  keadilan dan keamanan sejagat.
  • Melawan segala bentuk penderaan terhadap kanak-kanak, pemerdagangan manusia dan keganasan

Tuesday, October 25, 2022

Sumbangan pensyarah FPN kepada pelajar dijangkiti covid

Pensyarah-Pensyarah Pusat Pengajian Perakaunan terus menyantuni pelajar dimana sumbangan telah disampaikan kepada dua orang pelajar bahagian satu yang telah dijangkiti dengan Covid-19.

Kedua pelajar ini dikuanrantin di Kolej mereka dimana keadaan kesihatan mereka dipantau oleh Pihak Pengurusan Kolej dan Unit Kesihatan UiTM Cawangan Pahang.

Seluruh pelajar perlu senantiasa menjaga kebersihan diri disamping mengambil langkah-langkah pre-emptive bagi mengelakkan dijangkiti saki baki virus covid 19 yang masing ada ini.

Thursday, October 13, 2022

Serahan sumbangan fakulti kepda pelajar FPN yan g dijangkiti covid di Kolej Tok Gajah



Perjumpaan dengan pelajar Diploma Perakaunan dan Taklimat Pelajar Baru

Kali terakhir perhimpunan pelajar baharu Fakulti Perakaunan secara fizikal adalah pada bulan september 2019. Setelah tiga tahun diadakan secara maya, buat julung kalinya, Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang dapat diadakan perjumpaan dengan semua pelajar Diploma Perakaunan secara bersemuka setelah negara kita dilanda pandemik Covid-19. 

Taklimat Pelajar Baru oleh Ketua Pusat Pengajian, Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad kepada semua pelajar semester 1 sesi Oktober 2022 Februari 2023 diadakan bertujuan untuk memberi taklimat mengenai pelan pengajian dan perjalanan seorang pelajar dari mereka bermula sehingga tamat di bahagian 5. Beliau menekankan kepentingan berkomunikasi dengan baik dan pelajar mempunyai sahsiah terpuji selain mempunyai keputusan akademik yang baik bagi menjadi calon pekerja pilihan, menurut sumber yang diperolehi daripada maklumbalas industri.

Tambah beliau, proses membina insan ini perlu bermula daripada bahagian satu lagi dimana pelajar seharusnya mengambil peluang dengan berkecimpung di dalam aktiviti berpersatuan, ko-kurikulum mahupun aktiviti di dalam kelas. Beliau juga telah memaparkan sebahagian daripada alumni-alumni daripada UiTM Cawangan Pahang yang menceburi pelbagai kerja. Beliau menegaskan bahawa Diploma Perakaunan adalah kunci untuk membuka banyak pintu bidang kerjaya dan seharusnya kesemua pelajar berusaha untuk mendapatkan kunci ini.  

Selain Ketua Pusat Pengajian, Koordinator Diploma Perakaunan, Puan Lily Mazlifa Mustafa, Yang dipertuan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Wan Izzul Hakim Wan Jamal Abdul Nasir dan Presiden Persatuan Siswa-Siswi Diploma Perakaunan (PERSIDA), Isra Damia Ismail turut berpeluang mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baharu selain mengalu-alukan penglibatan pelajar turut serta di dalam apa jua aktiviti yang bakal dianjurkan oleh MPP dan juga PERSIDA.

Kesemua 275 pelajar bahagian satu, 240 pelajar bahagian 3, 5 dan 7, serta kesemua 11 orang pensyarah Pusat Pengajian Perakaunan hadir di majlis yang diadakan selama 2 jam ini. Semoga perjumpaan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan mengeratkan lagi silaturrahim antara pensyarah dan pelajar.