Thursday, October 13, 2022

Perjumpaan dengan pelajar Diploma Perakaunan dan Taklimat Pelajar Baru

Kali terakhir perhimpunan pelajar baharu Fakulti Perakaunan secara fizikal adalah pada bulan september 2019. Setelah tiga tahun diadakan secara maya, buat julung kalinya, Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang dapat diadakan perjumpaan dengan semua pelajar Diploma Perakaunan secara bersemuka setelah negara kita dilanda pandemik Covid-19. 

Taklimat Pelajar Baru oleh Ketua Pusat Pengajian, Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad kepada semua pelajar semester 1 sesi Oktober 2022 Februari 2023 diadakan bertujuan untuk memberi taklimat mengenai pelan pengajian dan perjalanan seorang pelajar dari mereka bermula sehingga tamat di bahagian 5. Beliau menekankan kepentingan berkomunikasi dengan baik dan pelajar mempunyai sahsiah terpuji selain mempunyai keputusan akademik yang baik bagi menjadi calon pekerja pilihan, menurut sumber yang diperolehi daripada maklumbalas industri.

Tambah beliau, proses membina insan ini perlu bermula daripada bahagian satu lagi dimana pelajar seharusnya mengambil peluang dengan berkecimpung di dalam aktiviti berpersatuan, ko-kurikulum mahupun aktiviti di dalam kelas. Beliau juga telah memaparkan sebahagian daripada alumni-alumni daripada UiTM Cawangan Pahang yang menceburi pelbagai kerja. Beliau menegaskan bahawa Diploma Perakaunan adalah kunci untuk membuka banyak pintu bidang kerjaya dan seharusnya kesemua pelajar berusaha untuk mendapatkan kunci ini.  

Selain Ketua Pusat Pengajian, Koordinator Diploma Perakaunan, Puan Lily Mazlifa Mustafa, Yang dipertuan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Wan Izzul Hakim Wan Jamal Abdul Nasir dan Presiden Persatuan Siswa-Siswi Diploma Perakaunan (PERSIDA), Isra Damia Ismail turut berpeluang mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baharu selain mengalu-alukan penglibatan pelajar turut serta di dalam apa jua aktiviti yang bakal dianjurkan oleh MPP dan juga PERSIDA.

Kesemua 275 pelajar bahagian satu, 240 pelajar bahagian 3, 5 dan 7, serta kesemua 11 orang pensyarah Pusat Pengajian Perakaunan hadir di majlis yang diadakan selama 2 jam ini. Semoga perjumpaan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan mengeratkan lagi silaturrahim antara pensyarah dan pelajar.














No comments:

Post a Comment

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 41 Emas, 29 Perak...