Wednesday, August 10, 2022

Permohonan Sijil Dekan

  1. Email kpd BHEA UiTM Pahang bheapahang@uitm.edu.my
  2. Nyatakan permohonan utk sijil dekan
Contoh:

Tajuk : Permohonan utk sijil DEKAN

Assalammualaikum

Saya, NAMA, ingin membuat permohonan seperti di atas. Berikut adalah maklumat-maklumat berkaitan:

Nama :
ID Pelajar:
Program : AC110
Kelas : 
Semester : 

Segala usaha pihak tuan/puan dalam memenuhi permohonan ini saya amat hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian


Assalamualaikum wbt.

Saudara/i

Assalamualaikum wbt. Saudara/i

Untuk makluman kepada semua pelajar UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka), merujuk Pekeliling Akademik UiTM Bil. 07/2022.  Bermulanya peperiksaan/penilaian akhir Februari 2022, sesi 1 2021/2022 (20214) dan seterusnya, Sijil Anugerah Dekan diberikan secara DIGITAL (print sendiri).

Mohon lengkapkan maklumat saudara/i di bawah bagi tujuan proses Sijil Anugerah Dekan tersebut melalui Link Google Form yang disertakan di bawah ini.  

Keutamaan diberikan kepada permohonan pelajar semester akhir sahaja (untuk kegunaan pekerjaan dll.)

Sijil Anugerah Dekan akan dihantar melalui emel yang dicatatkan dan tempoh penghantaran bergantung kepada selesainya sijil itu ditandatangani oleh Rektor.

Sekian, harap maklum.  Terima kasih.

https://forms.gle/UM2BnkH8iupuhTnw7 


* Untuk mendapatkan Sijil Anugerah Dekan sebelum peperiksaan sesi 20214 (ianya dalam bentuk hard copy), sila datang ambil sendiri atau wakil ke kaunter HEA, UiTM Kampus Jengka.

No comments:

Post a Comment

AMBIL IKTIBAR SIRI 23/2024