Monday, August 30, 2021

SESI PERBINCANGAN SECARA MAYA ANTARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG DAN JENGKA SPORT CENTRE (JSC)





Perbincangan Permohonan Pelantikan Pensyarah Sambilan (Sepenuh Masa) Uitm Cawangan Pahang


COFFEE TALK WITH ROZIE SERIES 16


Kejayaan Puan Nurul Afzan di e-ConDev 2021

TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada Puan Nurul Afzan Najid kerana telah berjaya memenangi 2 PINGAT EMAS🥇, 1 PINGAT GANGSA🥉 di dalam pertandingan e-ConDev 2021. 

PINGAT EMAS

1. Handbook for financial Planning & Analysis (Pn.Nurul Afzan & team)
2. HPD112: Asas Pengucapan Awam (Pn.Rafizah & Team)

PINGAT GANGSA

1. HPD118: Kembara Keusahawanan 1 (Pn.Rozeleenda & Team)


Alhamdulillah. Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada semua Warga Perakaunan UiTM Pahang di dalam membangunkan Inovasi e-Pembelajaran di masa hadapan.



Saturday, August 28, 2021

e-proceeding IMITSIC penuhi PI 59e

Seluruh warga Fakulti Perakaunan mengucapkan Jutaan Tahniah kepada 9 kumpulan  daripada Fakulti Perakaunan atas penerbitan extended abstract di 4th International Malaysia-Indonesia-Thailand Symposium on Innovation and Creativity 2021 (IMITSIC 2021).

Sembilan Penulisan ini adalah: 

1. AOTB Cashflow: Gauging Its Potentials During Covid-19
Norlaila Md Din (Ketua), Mohamad Azmi Nias Ahmad, Junaidah Jamaluddin, Nur Syazwani Mohammad Fadzillah & Faizan Abd Jabar

2. The Effectiveness of An Accounting on The Block (AOTB) Board Games Toward Accounting Students’ Perfomance During Covid-19 Pandemic
Suliza Suhaimin (Ketua), Humairaa Hasan, Norlaila Md Din, Mohamad Azmi Nias Ahmad & Nurul Hassanah Hamzah

3. Enjoymaths 2.0: Fractio To Decimo Poketto
Norlaila Md Din (Ketua), Nazirah Ramli, Siti Rosiah Mohamed, Ainun Hafizah Mohd & Noor Izyan Mohamad Adnan

4. AOTB Games as A Teaching Tools to Ease Up Workload Burden During Covid-19
Nurul Hassanah Hamzah (Ketua), Suliza Suhaimin, Humairaa Hasan, Norlaila Md Din & Mohamad Azmi Nias Ahmad

5. The Impact of Using AOTB Basic Card Games as Teaching Tools on Student’S Satisfaction During Covid-19
Humairaa Hasan (Ketua), Suliza Suhaimin, Nurul Hassanah Hamzah, Norlaila Md Din & Mohamad Azmi Nias Ahmad

6. Optimizing Your Cost with Cost-It-Right
Lily Mazlifa Binti Mustafa (Ketua), Nor Hawani Wan Abdul Rahman, Sabariah Jamaluddin, Anis Barieyah Mat Bahari, Noor Hasimah M. Yacob & Nur Syazwani Mohammad Fadzillah

7. Smartsimmatch V2
Norlaila Mohd Din (Ketua), Roslina Abdul Aziz, Suzaini Harmiruslin Supian, Fatin Sabrina Abdul Sukor & Mohamad Azmi Nias Ahmad

8. Social Enterprise Accounting and Operating Information System (SERi): Migrating To Cloud Platform During Covid-19
Azizi@Hamizi Bin Hashim (Ketua), Mohamad Azmi Nias Ahmad, Junaidah Jamaluddin, Mohd Zulfikri Bin Abd Rashid & Azlan bin Md Thani

9. Curbing Target Panic: Once and For All
Mohamad Azmi Nias Ahmad (Ketua), Kamarul Hisyam Kamaruzzaman, Mukhriz Mohamed, Muhammad Marbawi Sulaiman & Muhammad Nazmi Fitri Roduan

InsyaAllah dengan  kejayaan yang diperolehi oleh warga fakulti ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk memenuhi PI-PI yang telah diperturunkan yang berjumlah sebanyak 51 keseluruhannya pada tahun 2021. Untuk rekod, pencapaian Fakulti perakauan bagi PI 59e ini adalah yang ke 20/16. 

Penulisan di atas boleh di muat turun dari laman web IMITSIC 2021 - https://imitsic2021.com/eproceedings/

Webinar "The 3D LEADER" penuhi KPI 35 dan 36

Warga Fakulti Perakaunan dikalangan pensyarah dan pelajar telah menyertai satu sesi webinar anjuran KPMG UiTM Ambassador 2021 dengan kerjasama KPMG INTEC Ambassador 2021.

Penyertaan pelajar-pelajar perakaunan dalam webinar ini telah berjaya memenuhi PI 36 Number of student participate in career activities dan PI 35 Number of student involved in leadership programmes.

Maklumat webinar adalah seperti berikut:
📅 Date: 28th August 2021 (Saturday)
⏰ Time: 10.00 A.M - 12.30 P.M
🖥 Platform: Youtube Live

Panelist: 
1. Datuk Johan Idris (Managing Partner, KPMG Malaysia)
2. Mr. Novie Tajudin (Chief Executive Officer, MICPA)
3. Prof. Dr. Haslinda Yusoff (Dean Faculty of Accountancy, UiTM)

🗣️ Speaker sesi kedua: 
1. Nurul Farzana Zulkifli Amin (Vice President & Secretary General of I-WELD 
2. Jun Jie Tan (Youth Leadership Academy by Mckinsey & Co)










Jejak Alumni

 

Friday, August 27, 2021

WEBINAR@PKO SIRI 6/2021 - TERAS KEPIMPINAN penuhi PI 35

Warga Fakulti Perakaunan dikalangan pensyarah dan pelajar telah menyertai satu sesi webinar bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-64 peringkat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Kokurikulum bertajuk "Kesatria UiTM Terus Relevan Dalam Memupuk Jati Diri dan Jiwa Merdeka Warganya" seperti maklumat yang berikut:

Penyertaan pelajar-pelajar perakaunan dalam webinar ini telah berjaya memenuhi PI 35 Number of student involved in leadership programmes.
  
📆 Tarikh : 27 Ogos 2021 (Jumaat)
⏰ Masa : 8.00 hingga 10.00 malam
🖥 Platform : Facebook Live (Pusat Kokurikulum UiTM) 
https://www.facebook.com/211584995521010/videos/149639127323265

Panel jemputannya adalah Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr Ibrahim Shah Bin Abu Shah dan moderatornya adalah Lt. Col. Nooraidah Mokhtar.












Penyertaan PERSIDA di UNHAS Online International Cultural Program penuhi PI 11, 41 dan 48



Pusat Pengajian Perakaunan mengucapkan tahniah kepada pelajar Perakaunan kerana berjaya memenuhi PI 11 Number of outbound students, PI 41 Number of student involved in international programmes. dan PI 48 Number of student's engagement with international peer, dengan menyertai Universitas Hasanuddin (UNHAS) Online International Cultural Program (ICP) 2021, “Maritime Culture in South Sulawesi, Indonesia”, yang dianjurkan oleh Universitas Hasanuddin (UNHAS) pada 23-27 August.

Program yang dianjurkan oleh UNHAS yang berlangusng selama 5 hari ini sangat memberi impak positif kepada pelajar lebih- lebih lagi, ianya diadakan pada waktu cuti semester bagi mengsisi waktu cuti pelajar. Selain mempelajari ilmu baharu, pelajar juga berpeluang untuk mengenal budaya dan adat kaum Sulawesi dan Makassar di negara tersebut. Dari segi tentatif, setiap slot dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan dipenuhi dengan ilmu pengetahuan. Penyampaian dari pihak penganjur juga amat jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Selain itu, dengan penglibatan dari negara- negara lain seperti Japan, Philippines, Taiwan dan Australia, pelajar juga berpeluang untuk berkenalan dan berinteraksi dengan pelajar dari negara- negara tesebut. Secara tidak langsung, pelajar juga dapat membuat kenalan baru dari negara- negara luar yang mana ia dapat membantu pelajar pada masa akan datang. Kesimpulannya, jelas sekali bahawa pihak penganjur telah membuat penyediakan yang baik dan menunjukkan kesungguhan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Berikut adalah respon pelajar:

Program UNHAS ICP yang berlangsung selama 5 hari, banyak memberi pendedahan terhadap keunikan budaya, sejarah tarian tradisional dari Selatan Sulawesi serta keindahan bandar Makassar, Indonesia. Kami juga berkesempatan untuk berinteraksi bersama pelajar dari UNHAS semasa sesi mempelajari Bahasa Indonesia dan kami juga berkesempatan mempelajari dan mempraktikkan beberapa tarian tradisional dari Toraja dan Selatan Sulawesi secara "virtual". Saya berharap pihak UiTM dapat memperbanyakkan lagi program antarabangsa seperti ini kerana, bukan sahaja pelajar dapat mengenali budaya malah mampu mengeratkan hubungan dengan pelajar dari negara lain.
- Ahmad Ikrimah

Melalui program yang dianjurkan oleh UNHAS pada 23 Ogos yang lalu, saya dapat belajar serba sedikit berkaitan budaya-budaya di Sulawesi Selatan, Indonesia. Walaupun Indonesia merupakan negara jiran bagi Malaysia, terdapat perkara yang saya tidak tahu sebelum mengikut program ini seperti kehidupan masyarakat nelayan di sana, jenis tarian dan juga makanan tempatan. Pada pendapat saya, perkara yang menarik perhatian saya melalu program ini ialah, apabila terdapatnya slot bagi tarian tradisional, ramai peserta sukarela untuk mencuba seperti yang ditunjukkan oleh pihak UNHAS. Seronok apabila melihat peserta dari berbeza negara menikmati masa mereka dengan melakukan tarian tradisional. Terdapat juga slot kuiz sebelum tamatnya program dan ramai pelajar UiTM yang terpilih untuk ke peringkat akhir. Akhir kata, saya gembira kerana dapat melibatkan diri dalam program budaya seperti ini dalam tempoh cuti semester saya.
- Isra damia

Program yang dianjurkan oleh UNHAS selama 5 hari ini sangat berbaloi lebih-lebih lagi diadakan pada waktu cuti semester kerana saya bukan sahaja dapat mempelajari ilmu baharu malah saya juga dapat mengenal budaya dan adat kaum Sulawesi dan Makassar di sana. Setiap slot sangat padat isinya dan penyampaian sungguh mudah untuk difahami. Saya sangat suka apabila mereka begitu santai dan tidak terlalu formal jadi saya rasa seronok ketika menyertai program ini. Tambahan pula, ahli-ahli jawatankuasa program sangat mesra dan sentiasa bersedia apabila kami ingin bertanya soalan dan mempunyai masalah. Saya juga berasa gembira kerana dapat menambah kenalan baharu bukan sahaja dari Indonesia malah dari Jepun juga. Jika diberi peluang, saya ingin menyertai program seperti ini lagi. Sayang sekali kerana kita mengalami  pandemik, tentu lagi seronok apabila dapat sertai secara fizikal. 
- Nor Alia Syahirah

Semoga ahli PERSIDA terus menyertai dan mengajurkan program-program yang berkualiti dimasa-masa akan datang

Konferensi Akademik UiTM 2021 - "Sustaining Academic Excellence"

Warga Perakaunan UiTM Cawangan Pahang telah menghadiri Konferensi Akademik UiTM 2021 anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Teknologi Mara (UiTM)  yang bertemakan "Sustaining Academic Excellence" secara dalam Talian (Youtube Rasmi UiTM). Rakamannya adalah seperti berikut https://www.youtube.com/watch?v=jxPTRtcXPYc.