Friday, August 27, 2021

Penyertaan PERSIDA di UNHAS Online International Cultural Program penuhi PI 11, 41 dan 48



Pusat Pengajian Perakaunan mengucapkan tahniah kepada pelajar Perakaunan kerana berjaya memenuhi PI 11 Number of outbound students, PI 41 Number of student involved in international programmes. dan PI 48 Number of student's engagement with international peer, dengan menyertai Universitas Hasanuddin (UNHAS) Online International Cultural Program (ICP) 2021, “Maritime Culture in South Sulawesi, Indonesia”, yang dianjurkan oleh Universitas Hasanuddin (UNHAS) pada 23-27 August.

Program yang dianjurkan oleh UNHAS yang berlangusng selama 5 hari ini sangat memberi impak positif kepada pelajar lebih- lebih lagi, ianya diadakan pada waktu cuti semester bagi mengsisi waktu cuti pelajar. Selain mempelajari ilmu baharu, pelajar juga berpeluang untuk mengenal budaya dan adat kaum Sulawesi dan Makassar di negara tersebut. Dari segi tentatif, setiap slot dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan dipenuhi dengan ilmu pengetahuan. Penyampaian dari pihak penganjur juga amat jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Selain itu, dengan penglibatan dari negara- negara lain seperti Japan, Philippines, Taiwan dan Australia, pelajar juga berpeluang untuk berkenalan dan berinteraksi dengan pelajar dari negara- negara tesebut. Secara tidak langsung, pelajar juga dapat membuat kenalan baru dari negara- negara luar yang mana ia dapat membantu pelajar pada masa akan datang. Kesimpulannya, jelas sekali bahawa pihak penganjur telah membuat penyediakan yang baik dan menunjukkan kesungguhan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Berikut adalah respon pelajar:

Program UNHAS ICP yang berlangsung selama 5 hari, banyak memberi pendedahan terhadap keunikan budaya, sejarah tarian tradisional dari Selatan Sulawesi serta keindahan bandar Makassar, Indonesia. Kami juga berkesempatan untuk berinteraksi bersama pelajar dari UNHAS semasa sesi mempelajari Bahasa Indonesia dan kami juga berkesempatan mempelajari dan mempraktikkan beberapa tarian tradisional dari Toraja dan Selatan Sulawesi secara "virtual". Saya berharap pihak UiTM dapat memperbanyakkan lagi program antarabangsa seperti ini kerana, bukan sahaja pelajar dapat mengenali budaya malah mampu mengeratkan hubungan dengan pelajar dari negara lain.
- Ahmad Ikrimah

Melalui program yang dianjurkan oleh UNHAS pada 23 Ogos yang lalu, saya dapat belajar serba sedikit berkaitan budaya-budaya di Sulawesi Selatan, Indonesia. Walaupun Indonesia merupakan negara jiran bagi Malaysia, terdapat perkara yang saya tidak tahu sebelum mengikut program ini seperti kehidupan masyarakat nelayan di sana, jenis tarian dan juga makanan tempatan. Pada pendapat saya, perkara yang menarik perhatian saya melalu program ini ialah, apabila terdapatnya slot bagi tarian tradisional, ramai peserta sukarela untuk mencuba seperti yang ditunjukkan oleh pihak UNHAS. Seronok apabila melihat peserta dari berbeza negara menikmati masa mereka dengan melakukan tarian tradisional. Terdapat juga slot kuiz sebelum tamatnya program dan ramai pelajar UiTM yang terpilih untuk ke peringkat akhir. Akhir kata, saya gembira kerana dapat melibatkan diri dalam program budaya seperti ini dalam tempoh cuti semester saya.
- Isra damia

Program yang dianjurkan oleh UNHAS selama 5 hari ini sangat berbaloi lebih-lebih lagi diadakan pada waktu cuti semester kerana saya bukan sahaja dapat mempelajari ilmu baharu malah saya juga dapat mengenal budaya dan adat kaum Sulawesi dan Makassar di sana. Setiap slot sangat padat isinya dan penyampaian sungguh mudah untuk difahami. Saya sangat suka apabila mereka begitu santai dan tidak terlalu formal jadi saya rasa seronok ketika menyertai program ini. Tambahan pula, ahli-ahli jawatankuasa program sangat mesra dan sentiasa bersedia apabila kami ingin bertanya soalan dan mempunyai masalah. Saya juga berasa gembira kerana dapat menambah kenalan baharu bukan sahaja dari Indonesia malah dari Jepun juga. Jika diberi peluang, saya ingin menyertai program seperti ini lagi. Sayang sekali kerana kita mengalami  pandemik, tentu lagi seronok apabila dapat sertai secara fizikal. 
- Nor Alia Syahirah

Semoga ahli PERSIDA terus menyertai dan mengajurkan program-program yang berkualiti dimasa-masa akan datang

No comments:

Post a Comment

AMBIL IKTIBAR SIRI 23/2024