Wednesday, August 10, 2022

HARI BERTEMU PELANGGAN UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA 2022

 Assalamualaikum & Salam Khazanah Alam,


YH Dato'/Prof./Prof. Madya /Dr./Tuan/Puan yang dihormati,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka akan mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan seperti ketetapan berikut:

Program: Hari Bertemu Pelanggan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka 2022
Tarikh:  26 Ogos 2022 (Jumaat)   12 September 2022 (Isnin)
Waktu:  8.30 pagi - 12.15 tengahari   2.30 petang - 4.30 petang
Tempat: Dewan Indera Segara (DIS)

Tujuan penganjuran program ini adalah untuk:
  1. Mendapatkan maklumbalas dan cadangan penambahbaikan daripada warga kampus
  2. Merapatkan silaturrahim di antara warga Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
Setiap PTJ bahagian/pejabat/unit dan fakulti WAJIB terlibat dengan membuka 'booth' masing-masing di dalam DIS.

Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan warga Kampus Jengka (pentadbiran & akademik) adalah DIWAJIBKAN untuk hadir bagi memeriahkan program ini. KUDAPAN PAGI dan JAM LATIHAN akan disediakan.

Kerjasama dan sokongan warga UCPh didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


"QUALITY IS EVERYONE'S RESPONSIBILITY. NO ONE IS LEFT BEHIND"
_________________________________________________________

MOHD. IKHSAN BIN MD. RAUS
Head of Quality Unit
Senior Lecturer
Faculty of Computer and Mathematical Sciences
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Pahang Kampus Jengka
MALAYSIA
+6094602652

No comments:

Post a Comment

AMBIL IKTIBAR SIRI 23/2024