Monday, June 28, 2021

Ahli PERSIDA menganjurkan program SULAM bersama pelajar EC110, AS120, AT110, AS117, BA 118 Penuhi PI 31, 32, 33 & 40

UiTM Pahang, 27 JUN 2021, Ahad, Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan (PERSIDA) bersama pelajar EC110, AS120, AT110, AS117, BA 118 membantu penuhi PI 31 - Number of students activities related to community based service learning, PI 32 - Number of community involved with credited courses in relation to service learning activities, PI 33 - Number of undergraduate students involved in activities related to credited courses in relation to service learning & PI 40 - Number of student involved in communication skill related programmes. Untuk rekod,  hanya PI 40 diambilkira untuk Fakulti Perakaunan manakala PI 31, 32 & 33 membantu rakan fakulti-fakulti lain.

Objektif program yang diketuai oleh Nur Hafiqah Aqila Binti Lotfi (AC110) ini adalah untuk membina kerjasama di antara pelajar dan mengelakkan pembaziran dalam pembelian. Selain itu melatih pelajar mengumpul barangan yang boleh dipakai semula. Program ini juga dapat menyemai semangat suka menderma dan membantu golongan yang memerlukan bagi memenuhi keperluan komuniti melalui aktiviti kesukarelawanan menggunakan kepakaran pelajar dan kerjasama antara pelajar. 

Pelbagai barangan telah dijual oleh para pelajar bagi menjayakan aktiviti jual beli ini. Antara barangan yang dijual adalah barangan persendirian “Pre loved” seperti pakaian, minyak wangi dan makanan seperti kueh mueh, biskut dan lain-lain. Hasil kutipan sebanyak RM1,650 telah berjaya dikutip dan diserahkan kepada wakil Pusat Jagaan Cahaya kasih Bestari, Ustazah Farahiah dalam majlis penyerahan. 

Semoga ahli PERSIDA terus mengajurkan program-program yang berkualiti dimasa-masa akan datang. Tahniah kepada ahli PERSIDA, pelajar-pelajar dari EC110, AS120, AT110, AS117 & BA 118 dan tidak dilupakan Unit KO yang diketuai oleh Encik Mat Zaid Bin Yazid.




No comments:

Post a Comment

AMBIL IKTIBAR SIRI 23/2024