program Personal Taxation and Career Talk dari LHDN.
UiTM Pahang, 25 JUN 2021, Jumaat, Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan (PERSIDA) dan Fakulti Perakaunan (AC110) telah menganjurkan program Personal Taxation and Career Talk bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu dan memberi pendedahan kepada Pelajar Bahagian 4 dalam memahami beberapa topik bagi kursus TAX267 (Personal Taxation) dan juga memberi pendedahan kepada dunia kerjaya bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Program yang diadakan melalui Platform Microsoft Teams ini telah menarik kira-kira 160 orang pelajar dan telah berjaya memenuhi PI 36 - Number of student participate in career activities dan PI 37 - Number of companies involved in career activities.
Semoga PERSIDA terus mengajurkan program-program yang berkualti dimasa-masa akan datang. Tahniah kepada ahli PERSIDA, pensyarah pengajar dan penasihatnya Pn Syahida Md Zeni.
No comments:
Post a Comment