Wednesday, July 19, 2023

MAJLIS PELANCARAN CINCIN GRADUASI UiTM

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pelancaran Cincin Graduasi UiTM akan dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:-

 

Acara               : Majlis Pelancaran Cincin Graduasi UiTM (CGU)

Tarikh               : 18 Julai 2023 (Selasa)

Masa                : 2.00 petang

Tempat             : Aras 7, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin

Perasmi           : YBhg. Professor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor


PAUTAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/live/09JyU-Q_da8?feature=share


3.         Cincin Graduasi UiTM atau CGU merupakan salah satu VCSP KPSK dijalankan dengan kerjasama Pejabat Infostruktur serta Bendahari UiTM bagi memastikan kelestariannya selari dengan galakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menjadikan universiti sebagai pencetus idea dalam membangunkan penyelidikan inovasi produk (R&D&C&I) yang mempunyai daya saing yang tinggi.  Pameran CGU telah diadakan pada istiadat konvokesyen ke-95 dan akan dibuka untuk tempahan bermula konvokesyen ke-97.

 

4.         Sehubungan itu, kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof./Tuan/Puan untuk menonton Majlis Pelancaran CGU ini melalui siaran YouTube UiTM Official di pautan seperti yang disertakan di atas.

 

5.         Ingin dimaklumkan juga, tempahan CGU akan dibuka secara rasminya setelah Majlis Pelancaran melalui laman sesawang cgu.uitm.edu.my.


Raikan Kejayaan Anda dengan CGU.


Sekian, terima kasih dan salam hormat.


No comments:

Post a Comment

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 41 Emas, 29 Perak...