Thursday, February 23, 2023

Lawatan ke Meteor Learning Sdn Bhd

 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Multimedia Technology Enhancement Operations (Meteor) Learning Sdn Bhd, Prof. Madya. Dr Mohd Nazri Mohd Noor telah berbesar hati menerima kunjungan lapan orang pensyarah daripada Pusat Pengajian Perakaunan UiTM Cawangan Pahang di pejabat beliau bertempat di tingkat 7, Block C, Kompleks Kelana Centre Point, Jalan SS 7/19, Ss 7,47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.


Meteor mengendali Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang telah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan pelbagai badan profesional. Mempunyai 55 program merangkumi pelbagai disiplin dalam Pendidikan, Perniagaan & Pengurusan, Teknologi & Sains Gunaan, dan Sains Sosial & Kemanusiaan. OUM dimiliki oleh konsortium 11 universiti awam di Malaysia iaitu Univeristi Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Malaysia Sarawak.


Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman 5 orang pensyarah baharu Pusat Pengajian Perakaunan UiTM Cawangan Pahang iaitu Arina Nabilah Abd Latif, Iliya Dayini Imran, Norlaily Asnawi Sulaiman, Norlinda Zainal Abdul dan Salehah Zafirah Zulkepli berkenaan konsortium yang disertai oleh UiTM, selain laluan kerjaya oleh seorang pensyarah untuk menuju satu tahap tertinggi.


Prof. Madya. Dr Mohd Nazri berpesan supaya kita semua perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan seperti kesihatan yang baik, keluarga yang baik, dan rakan sekerja yang baik. Walau apapun situasi yang kita hadapi, kita hendaklah berfikiran positif dan tidak mengeluh dengan apa jua perkara yang tidak dapat kita lakukan dan sentiasa bersyukur dalam kehidupan seharian kita. Beliau sempat selitkan pesanan untuk sentiasa bersedia dan berani untuk menghadapi apa jua situasi dan persekitaran baru terutamanya bagi 5 orang pensyarah yang merupakan pensyarah baharu di UiTM. Beliau berpesan supaya sentiasa berusaha untuk perbaiki diri untuk menjadi lebih baik agar dapat memberi sumbangan tak ternilai kepada universiti. 


Lawatan selama 40 minit ini diakhiri dengan pesanan supaya kita semua sentiasa berdisiplin. Ia  adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan dan beliau juga turut menasihatkan supaya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah S.W.T.




Norlinda

Lawatan yang sangat memberi inspirasi. Dr. Nazri dengan penuh merendah diri berkongsi pengalaman beliau sebagai CEO. Antara kata-kata beliau yang masih terkesan di hati adalah "you get some you lose some".
Beliau juga berpesan kepada kami yang masih baru ini, supaya berkerja dengan baik. Lawatan ini sangat memberi impak yang sangat baik kepada kami dan menjadikan kami lebih bersemangat.

Zafirah
Beliau mengingatkan bahawa segalanya juga bergantung dengan izin Allah, dan mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

Iliya Dayini
Dari lawatan itu saya juga dapat belajar kita haruslah sentiasa berdisiplin dalam apa jua kerja yg kita lakukan. Dr Nazri memberi contoh bahawa beliau apabila pulang ke rumahnya di Melaka, beliau akan tetap disiplinkan diri untuk solat jemaah di masjid. Di sini kami dapat belajar bahawa disiplin ada merupakan salah satu kunci untuk mencapai kejayaan. Seterusnya melalui lawatan itu juga, kami dapat belajar betapa pentingnya untuk mengadaptasi diri dalam apa jua keadaan dan kita haruslah pandai membawa diri untuk mengembangkan lagi sesebuah organisasi. Ini terbukti apabila Dr Nazri telah berjaya pergi ke Poland, Austria, Vietnam dan negara lain untuk mencari business partner untuk mengembangkan lagi OUM.

Arina Nabiah
Dari lawatan ini, perkara yang paling terkesan pada saya ialah apabila beliau berpesan supaya kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan seperti kesihatan yang baik, keluarga yang baik, dan rakan sekerja yang baik. Walau apapun situasi yang kita hadapi, kita hendaklah berfikiran positif dan tidak mengeluh dengan apa jua perkara yang tidak dapat kita lakukan dan sentiasa bersyukur dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, Dr Nazri sempat bercerita tentang pengalaman beliau ketika menghadiri mesyuarat bersama-sama dengan Naib Canselor bagi setiap universiti di Malaysia. Dr Nazri sempat selitkan pesanan untuk sentiasa bersedia dan berani untuk menghadapi apa jua situasi dan persekitaran baru terutamanya bagi kami yang merupakan pensyarah baharu di UiTM. Beliau berpesan supaya sentiasa berusaha untuk perbaiki diri untuk menjadi lebih baik agar dapat memberi sumbangan tak ternilai kepada universiti.

Norlaily
Perkongsian drpd CEO OUM tentang rahsia kejayaan beliau dalam kerjaya. Untuk beliau mencapai kejayaan sekarang, disiplin adalah perkara utama yang sangat dititikberatkan oleh beliau. Selain daripada itu, beliau juga turut menasihatkan supaya menjaga hubungan dengan Allah swt juga.

No comments:

Post a Comment

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 41 Emas, 29 Perak...