Tuesday, September 27, 2022

PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ KOMPLEKS TOK GAJAH SESI OKTOBER 2022-FEBRUARI 2023

Assalamualaikum w.b.t., 
Salam Sejahtera,
Dan Salam UiTM Di Hatiku.

๐Ÿ“„MEMO: 26/09/2022๐Ÿ“„

PANDUAN PENDAFTARAN KOLEJ KOMPLEKS TOK GAJAH SESI OKTOBER 2022-FEBRUARI 2023

⚜️Perhatian kepada semua pelajar yang akan membuat pendaftaran di Kolej Kompleks Tok Gajah pada 1,2,7,8, dan 9 Oktober 2022, berikut adalah ketetapan mengenai beberapa perkara yang perlu diikuti berserta pelan laluan semasa hari pendaftaran kolej.

URUSAN PENDAFTARAN
1️⃣ Waktu pendaftaran kolej adalah bermula jam 8:00 pagi sehingga 4:30 petang sahaja.

2️⃣Pelajar digalakkan untuk mengikuti tarikh dan masa yang telah dicadangkan oleh Pihak Pengurusan Kolej bagi melancarkan proses pendaftaran.

3️⃣Pelajar diingatkan untuk memakai pakaian mengikut sahsiah rupa diri.

4️⃣Dokumen yang perlu dibawa oleh pelajar semasa pendaftaran adalah:
Pelajar Baru diminta untuk membawa
๐Ÿ–‡Surat tawaran belajar 
(Sila paparkan pada dashboard kereta)
Pelajar Lama diminta untuk membawa
๐Ÿ–‡Slip keputusan permohonan kolej
๐Ÿ–‡Kad Pelajar

5️⃣Pelajar diwajibkan untuk membawa telefon bimbit yang mempunyai sambungan internet  sewaktu proses pendaftaran.

6️⃣Pelajar diwajibkan untuk memuat turun aplikasi pengimbas barcode untuk mengimbas dan mengakses kod qr.

7️⃣Hanya pelajar sahaja yang akan terlibat semasa pendaftaran manakala penjaga/waris pelajar perlu meninggalkan pelajar di drop-off check point dan terus ke parkir blok kediaman yang telah ditetapkan.
Parkir tambahan disediakan sekiranya parkir di blok kediaman tidak mencukupi.

8️⃣Pelajar digalakkan untuk membawa troli sendiri bagi memudahkan urusan pelajar untuk membawa barangan naik ke blok kediaman.

9️⃣Barangan pelajar adalah tanggungjawab sendiri. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan yang berlaku.

๐Ÿ”ŸIbu bapa diingatkan untuk tidak mengambil masa terlalu lama di bilik untuk memberi ruang parkir kepada ibu bapa lain.

‼️ Sebarang persoalan boleh diajukan melalui laman rasmi Instagram @jpktokgajah. 

Segala kerjasama anda amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Kompleks Tok Gajah
UiTM Caw. Pahang,
Kampus Jengka,
Sesi 2021/2022


No comments:

Post a Comment

AMBIL IKTIBAR SIRI 23/2024