Saturday, January 29, 2022

Majlis Penyerahan Laporan Akhir Kajian Bekalan Setempat FAMA bagi daerah Raub dan Lipis - TAHNIAH !!!












Tempat : The Everly Putrajaya
Tarikh : 29 Januari 2022

Prof Madya Dr Wan Mohd Nazri, Timbalan Rektor Bahagian PJI UiTM Cawangan Pahang mengucapkan syabas dan tahniah kepada kumpulan penyelidik daripada Universiti Teknologi Mara Cawangan Pahang, Kampus Raub yang diketuai oleh puan Nurul Afzan Najid kerana telah berjaya melaksanakan dan menyiapkan kajian profiling bagi pihak fama negeri pahang. 

Walaupun berdepan dengan situasi sukar ketika pandemik, namun itu bukan halangan kepada penyelidik UiTM yang berusaha menyelesaikan kajian ini dengan jayanya dan turun padang bertemu responden bagi mengenalpasti keperluan serta perancangan petani, pemasar serta peniaga di daerah Raub dan Lipis bersesuaian dengan objektif perlaksanaan kajian ini. 

Secara umumnya, kerjasama dan usaha ini amat besar ertinya kerana ia mendukung aspirasi universiti, iaitu melahirkan ahli akademik yang mampu menyumbang kepakaran dan pengetahuan dari segi penyelidikan kepada agensi-agensi kerajaan sekaligus memberi manfaat kepada masyarakat. 

Ini juga selaras dengan matlamat uitm untuk mencapai kompetensi global yang telah ditetapkan bagi halatuju uitm menjelang 2025. 

Terima kasih kepada pihak FAMA Pahang kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada penyelidik uitm untuk terlibat di dalam kajian ini. 
Semoga kerjasama ini dapat membantu pihak fama pahang mengenalpasti keperluan, suara para petani, pemasar dan pengguna serta menjadikan hasil kajian yang diperolehi sebagai input kepada penambahbaikkan berterusan pihak fama di dalam menjayakan sektor pertanian di malaysia. 

Laporan oleh : Puan Nurul Afzan Najid 

Wednesday, January 26, 2022

FRGS 2022 - Tahniah 100% Penglibatan Warga FPN



Does Open and distance learning (ODL) lead to student employment and has an impact to academic performance during Covid -19?
Anis Barieyah Binti Mat Bahari (Ketua Penyelidik)
GRA - Suliza Suhaimin
1. Dr Mohamad Azmi Bin Nias Ahmad (UiTM)
2. Azizi @ Hamizi Bin Hashim (UiTM)
3. Junaidah Binti Jamaluddin (UiTM)
4. Nor Hawani Binti Wan Abdul Rahman (UiTM)
5. Sabariah Binti Jamaluddin (UiTM)



ODL Covid-19: Online Accounting Educators, Work Overload Or Work Off-Load?
Azizi @ Hamizi Bin Hashim (Ketua Penyelidik)
GRA - Nurul Hassanah Hamzah 
1. Dr Mohamad Azmi Bin Nias Ahmad (UiTM)
2. Nur Syazwani Binti Mohammad Fadzillah (UiTM)
3. Lily Mazlifa Binti Mustafa (UiTM)
4. Naqiah Awang (UiTM)
5. Norlaila Mohd Din (UiTM)




Is Open and Distance Learning (ODL) the Cause of Increase Dropouts in Higher Education Institutions (HEIs)?
Dr Mohamad Azmi Bin Nias Ahmad (Ketua Penyelidik)
GRA - Humairaa Hasan
1. Azizi @ Hamizi Bin Hashim (UiTM)
2. Noor Hasimah Binti M Yacob (UiTM)
3. Junaidah Binti Jamaluddin (UiTM)
4. Nurul Afzan Binti Najid (UiTM)
5. Syahida Binti Md Zeni (UiTM) 

Amanat VC 2022





Friday, January 7, 2022

AMBIL IKTIBAR SIRI 23/2024