Tuesday, July 9, 2024

Majlis Syarahan Profesor - Profesor Dr. Erlane K Ghani, Profesor Perakaunan


Assalamualaikum Warahmatullahi WBT & Salam Sejahtera

YBhg. Prof. Emeritus/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan yang dihormati,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam akan menganjurkan Majlis Syarahan Profesor yang akan disampaikan oleh YBrs. Profesor Dr. Erlane K Ghani, Profesor Perakaunan yang bertajuk The Nexus of Climate Change and Financial Reporting Landscape - Shifting Roles of Accountants in Attaining SDG13.

3. Sehubungan itu, pihak Fakulti Perakaunan amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Emeritus/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan untuk menghadiri Majlis Syarahan Profesor yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 10 Julai 2024 (Rabu)
Masa :  10.00 pagi
Pautan : https://www.youtube.com/live/132bXOfo-tE?si=V-608OfZIhX_mLE9

4. Kehadiran dan sokongan YBhg. Prof. Emeritus/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Dilampirkan bersama aturcara majlis sebagai rujukan.


Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

#factuitm
#FACT
#TogetherWeExcel

Unit Komunikasi Korporat 
Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam
42300 Puncak Alam, Selangor

AMBIL IKTIBAR SIRI 23/2024