Thursday, August 28, 2025

Penyertaan Pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang dalam UiTM Happiness Walk 2025

UiTM Happiness Walk 2025 telah diadakan pada 28 Ogos 2025 (Khamis) di semua kampus UiTM. Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif universiti untuk memupuk gaya hidup sihat, menggalakkan aktiviti fizikal serta meningkatkan kesejahteraan warga kampus.

Objektif Penyertaan penyertaan pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang dalam acara ini adalah bertujuan untuk:
  1. Menyokong inisiatif universiti ke arah kesejahteraan warga kampus.
  2. Menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pensyarah.
  3. Mengeratkan hubungan silaturahim dan membina semangat kebersamaan.
  4. Memberi teladan yang positif kepada pelajar dalam menyeimbangkan akademik dan kesihatan.
Impak positif penyertaan pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang telah memberi enam (6) impak positif utama:
  1. Kesihatan Fizikal – Membantu meningkatkan tahap kecergasan serta mengurangkan stres harian.
  2. Silaturahim & Kerjasama – Mengukuhkan hubungan sesama pensyarah dan menggalakkan kerjasama fakulti.
  3. Sokongan Terhadap Inisiatif Universiti – Menunjukkan komitmen fakulti terhadap agenda kesejahteraan universiti.
  4. Motivasi & Kebahagiaan – Menyumbang kepada kesejahteraan emosi dan motivasi kerja.
  5. Teladan kepada Pelajar – Menjadi contoh positif dalam menjaga keseimbangan hidup.
  6. Pengukuhan Imej Fakulti – Meningkatkan reputasi Fakulti Perakaunan sebagai entiti progresif, prihatin, dan komited.
Secara keseluruhannya, penyertaan pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang dalam UiTM Happiness Walk 2025 telah memberi kesan yang sangat positif dari aspek kesihatan, emosi, sosial dan profesional. Program ini bukan sahaja menyokong usaha universiti dalam mempromosikan gaya hidup sihat, malah turut memperkukuh imej fakulti sebagai penyumbang utama dalam membina komuniti UiTM yang sejahtera, harmoni dan bahagia.




Wednesday, August 13, 2025

KEJAYAAN FAKULTI PERAKAUNAN UiTM PAHANG

Fakulti Perakaunan dengan sukacitanya mengumumkan bahawa UiTM Cawangan Pahang telah mencapai pencapaian cemerlang bagi Semester Oktober 2024 – Februari 2025 dalam program Diploma Perakaunan dengan kejayaan seperti berikut:

🏆 Peratusan Anugerah Naib Canselor Tertinggi
🏆 Pelajar Bergraduat Melebihi 60% Tertinggi
🏆 Pencapaian Kualiti Akademik Terbaik 5 Bintang
🏆 Peratusan Anugerah Dekan Tertinggi
🏆 Peratusan Kegagalan Kursus Terendah

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pensyarah, terutamanya, pensyarah Perakaunan, ACIS, APB, FPP, Law, Maths, Jurulatih-Jurulatih KO, staf sokongan, dan pelajar atas komitmen, usaha gigih, dan dedikasi yang telah membawa kejayaan ini. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan akademik pada masa akan datang.

#UiTMPahang 
#FakultiPerakaunan 
#UiTMKampusJengka 
#ProudToBeUiTM

KNOVASI 2025: AOTB Games UiTM Pahang Raih Pingat Emas

Pasukan penyelidik UiTM Pahang meraih Pingat Emas di KNOVASI 2025 (UKM) bagi projek “Revolutionizing Accounting Education: How AOTB Games Tr...