Monday, September 29, 2025

KNOVASI 2025: AOTB Games UiTM Pahang Raih Pingat Emas





Pasukan penyelidik UiTM Pahang meraih Pingat Emas di KNOVASI 2025 (UKM) bagi projek “Revolutionizing Accounting Education: How AOTB Games Transform Non-Accounting Students’ Attitudes Toward Financial Accounting” yang dipertandingkan pada 10–11 September 2025 di Bangi Avenue Convention Centre.

Diketuai oleh Norlaila Mohd Din bersama Mohamad Azmi Nias Ahmad, Arina Nabilah Abd Latif, Iliya Dayini Imran, Norlaily Asnawi Sulaiman, Norlinda Zainal Abdul, Salehah Zafirah Zulkepli,  Azizi@Hamizi Hashim dan Junaidah Jamaluddin, kajian melibatkan 272 pelajar Diploma Part 4 dari Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat).

Intervensi menggabungkan pengkodan warna debit/kredit, teknik imbangan Excel, serta alat (Accounting on the Block) AOTB (Helirides, Balance Breaker, dan AOTB Board Games) dengan membandingan Ujian 1 dan Ujian 2 menunjukkan kaedah baharu menggunakan alatan pembelajaran berinovasi adalah lebih baik daripada kaedah konvensional, peningkatan motivasi dan mumudahkan pelajar memahami konsep, serta keupayaan pelajar menghasilkan penyata kewangan yang tepat tanpa isu akaun tidak seimbang.

Kejayaan ini membuktikan keberkesanan pembelajaran berasaskan permainan untuk pelajar bukan perakaunan, menyokong agenda inovasi pedagogi, literasi kewangan, dan membuka ruang penerapan modul AOTB serta latihan pensyarah pada peringkat institusi.

Sesi 2: Bengkel Hands-on - Penyediaan soalan penilaian berterusan ACC036



Sesi 1: Taklimat kursus baharu ACC036 Introduction to Accounting (kursus bagi pelajar Pra-Perdagangan) Oleh: Koordinator PPT, Kampus Mukah, Caw. Sarawak










Forum Kesedaran Salah Laku Pelajar - Apa yang Perlu Anda Tahu

Forum Kesedaran Salah Laku Pelajar – Apa yang Perlu Anda Tahu telah berlangsung pada 23 Oktober 2025 (Khamis), jam 4.00–5.40 petang di Dewan...