National Accountants Conference 2002, 17 - 18 Sept 2002, Sunway Pyramid International Convention Centre, PJ
Please Scroll Down and view as web version (If browse using Mobile devices)
Pages
- Home
- Carta Organisasi
- Profile
- Research Expertise
- Mengenai kami
- Bulletin
- FPN Diary
- Anugerah
- Innovasi
- Consultation
- KPI Update
- Research & Grant
- Khidmat Masyarakat
- Copyrights
- Journals
- Books & Chapter in books
- Internship
- Special Interest Group (SIG)
- Liputan Media
- Accounting Profession
- Videos
- Good Notes
- Kepakaran Fakulti
- PRO-PENS
- PERSIDA
- Aktiviti PERSIDA
- Kronologi Aktiviti
- RP & LIC
- Tarikh FA
- Jejak Alumni
- Jokes
- Quotes
- Blog Pensyarah
- Ketua Kelas
- MODUL PA
- Risiko
- SKT
- SDG
- Membership
- Upcoming IID and Conference
- MOU/MOA
- ADAB
- ALUMNI's BUSINESSES
- Wifi & Mobile Services
- Kolej
- Panduan
- Part 1
- Hari ini dalam Sejarah UiTM
- MC
- News & Reminder
- Homestay
- MPP
- JPK
- Mentoring
- Rangkuman Kejayaan Fakulti
- Harta Intelek
- Integriti
- Background
- Rumah Tamu UiTMCPh
- A.D.A.B.
- Sahsiah Rupa Diri Pelajar
Wednesday, September 18, 2002
Wednesday, August 21, 2002
Lawatan Presiden MIA
LAWATAN PRESIDEN MIA MEMBAWA PERINGATAN YANG TERANG DAN JELAS
Pada hari Rabu 21 Ogos 2002, adalah hari yang amat bertuah bagi UiTM Cawangan Pahang umumnya dan bagi Fakulti Perakaunan Cawangan Pahang khasnya kerana Presiden ‘Malaysian Institute of Accountants’ (MIA) Dr Abdul Samad Hj Alias, telah mengadakan lawatan ke kampus Jengka. Lawatannya telah diiringi oleh Pensyarah Fakulti Perakaunan yang juga ‘Counsel Member MIA’, Prof. Madya Dr Nafsiah Mohamed.
Ketibaan beliau dan pengiring disambut oleh Timbalan Pengarah HEP, En Mohd Nasir Ibrahim dan pensyarah-pensyarah Fakulti Perakaunan. Beliau mengadakan perjumpaan ringkas di pejabat En Mohd Nasir sebelum dibawa ke Mercu View Resort untuk makan tengahari. Selepas itu beliau dibawa ke Rumah rehat untuk bersolat. Perjumpaan dengan seluruh pensyarah perakaunan diadakan pada pukul 2.30 petang dan pada pukul 3.30 petang diadakan perjumpaan dengan para pelajar.
Tujuan utama lawatan beliau selain daripada memenuhi Jemputan pelajar-pelajar Sarjana Muda Perakaunan adalah untuk menyampaikan peringatan yang bagi beliau amat penting dan perlu di hayati oleh bakal-bakal akauntan di sini.
Beliau mengingatkan pelajar-pelajar supaya mengamalkan sifat ‘integrity’ ataupun ketelusan dalam melakukan tugas sebagai seorang akauntan. Bagi beliau sifat ini sudah semakin pupus dan hanya diamalkan oleh individu-individu tertentu. Menurut beliau lagi, walaupun perkataan ini mudah untuk diucapkan namun dalam dunia pekerjaan kelak ianya sukar diamalkan kerana seorang akauntan itu terpaksa menurut perintah pihak atasan. Oleh yang demikian, seorang akauntan mesti mempunyai sifat bertanggungjawab dan mengambil langkah-langkah tertentu, mahupun langkah drastic iaitu berhenti kerja, untuk mengelakkan diri daripada menjadi alat pihak atasan membuat penyelewengan.
Menurut beliau lagi, Peristiwa Enron, Worldcom dan banyak lagi kes-kes di barat menjadi iktibar dan diharap akauntan dapat kembali kepada ‘Basic’ iaitu ‘Recalculation’ (Pengiraan Semula) dan ‘Stock Observation’ (memantau stok). Bagi beliau segala bentuk penyelewengan adalah berpunca daripada penyelewengan kiraan dan penyelewengan stok. Selain daripada itu, beliau juga mengingatkan seluruh pelajar-pelajar bahawa sebagai seorang Islam, seseorang akauntan itu adalah memegang amanah yang diberikan oleh pemegang-pemegang saham. Beliau juga menggalakkan supaya pensyarah dan pelajar supaya mengambil kursus professional. Disamping itu juga para pensyarah yang layak digalakkan menjadi ahli MIA untuk mendapatkan CA (Chartered Accountant).
Diakhir sessi perjumpaan pelajar, satu sessi soal jawab telah diadakan. Pelajar-pelajar sangat bersemangat dan mengajukan soalan-soalan yang berkualiti kepada Dr Abdul Samad. Sesungguhnya lawatan Dr Abdul Samad Hj Alias dan pengiringnya Prof. Madya Dr Nafsiah Mohamed adalah amat berjaya di dalam menimbulkan kesedaran dan menyampaikan maklumat-maklumat terkini yang amat berguna kepada pensyarah dan juga para pelajar.
Sunday, August 11, 2002
-
Email kpd BHEA UiTM Pahang bheapahang@uitm.edu.my Nyatakan permohonan utk sijil dekan Contoh: Tajuk : Permohonan utk sijil DEKAN Assalammua...
-
PUNCAK ALAM, 28 Ogos 2026 — Program Diploma Perakaunan, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka terus mencatat pencapaian me...