Thursday, March 11, 2021

Webinar: Taklimat Pendidikan Cukai bagi tahun taksiran 2020


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

YBhg. Prof/YBrs. Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik,

Untuk makluman, Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan mengadakan Webinar: Taklimat Pendidikan Cukai bagi tahun taksiran 2020 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 12 Mac 2021 (Jumaat)
Masa : 10:00 Pagi

Objektif program ini adalah :-

▶️ Memberi penerangan berkenaan proses asas membuka e-file dengan pihak LHDN
▶️ Meningkatkan kesedaran berkenaan tanggungjawab mendaftar sebagai pembayar cukai dan membayar cukai pendapatan
▶️ Mengadakan sesi soal-jawab kepada pihak LHDN

Link untuk jam latihan akan diberikan di akhir program.

Sekian, terima kasih.

 



 


Saturday, February 27, 2021

Tahniah


Warga Fakulti mengucapkan sekalung tahniah di atas Pelantikan sebagai Penyelaras Self-Review Report (SRR) UiTM Cawangan Pahang.

Kami yakin dengan pengalaman, kerjasama dan kesungguhan yang diberikan, puan akan dapat menjalankan tugas dengan jayanya demi untuk memastikan kecemerlangan UiTM Cawangan Pahang berterusan. Kerjasama dan kesudian puan menerima pelantikan ini amatlah dihargai.

Sunday, January 31, 2021

Selamat menduduki Peniaian Akhir Semester Okt 2020 - Feb 2021

 


Sesi suaikenal diantara Fakulti Perakaunan UCPh dan Fakultas Ekonomi dan Bisnis Universitas Hasanuddin

Tahniah kepada semua ahli fakulti yg dipimpin oleh Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad....terima kasih yang tak terhingga kepada YBhg. Prof. Ts. Dr Mohd Ilham Adenan, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), Dr Agustono Wibowo dari Fakulti Sains Gunaan kerana membantu kami bagi menjayakan program ini. Semoga kerjasama yang dibincangkan akan membuahkan hasil dan meningkatkan nama UiTM Cawangan Pahang.














Panduan Print Jadual Waktu Pensyarah