Wednesday, December 8, 2021

EMAS di MAJLIS PENUTUP KARNIVAL INOVASI UTeMEX 2021 VIRTUAL PENUHI PI 79d













Tajuk: SONATAR: Social Enterprise Self-assessment Kit 3.0

Ketua: Prof. Dr. Nafsiah Mohamed (UiTM Shah Alam)
Prof. Madya Dr. Rizal Yaya (Universitas Muhammadiyah, Yogyakarta, Indonesia)
Dr. Farah Aida Ahmad Nadzri (UiTM Shah Alam)
Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad (UiTM Pahang)
Pn. Nur Shafiqa Kapeli (Universiti Mahsa)

Diharapkan penyertaan dan kejayaan yang dicapai ini dapat membakar semangat para pensyarah untuk menyertai lebih banyak pertandingan disamping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.

Tuesday, December 7, 2021

Program Gotong-royong Perdana EKSA UiTM Pahang


Fakulti Perakaunan mengucapkan jutaan TERIMA KASIH di atas penglibatan warga Fakulti dalam menjayakan Program Gotong-royong Perdana EKSA UiTM Pahang anjuran Unit Kualiti UiTM Cawangan Pahang

Memetik ucapan Ketua Unitnya, Encik Mohd Ikhsan Md Raud, "Anda warga yang hebat dan supportive!"

Friday, December 3, 2021

Early Bird : Buku Setahun ODL: Sebuah Catatan Pengalaman


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Buku in ditulis ketika negara masih lagi berjuang melawan pandemik covid-19 yang menjadi asbab kepada pembelajaran Open and Distance Learning ataupun ODL. Tanpa sedar, para pendidik serta pelajar telah memasuki semester ke empat (4) menggunakan ODL. Keputusan menggunakan kaedah pembelajaran ODL ini dibuat setelah mengambil kira faktor kesihatan, keselamatan dan kebajikan pelajar sekiranya kembali ke kampus.

Sebenarnya seawal tahun 1970an lagi kaedah pembelajaran secara ODL sudah diperkenalkan, yakni sebelum internet diperkenalkan kepada umum. Pembelajaran jarak jauh pada kebiasaannya menggunakan pos, radio, telefon dan siaran televisyen ini sangat meluas terutama dikawasan luar bandar. Bahan pengajaran yang disediakan adalah sebenarnya lebih kepada memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menyesuaikan masa mereka dalam mempelajari sesuatu perkara.

Di awal perlaksanaan ODL, pelajar mengharapkan kelas online melalui Google Meet adalah setaraf dengan pembelajaran fizikal di kelas. Disebabkan pengurusan masa yang tidak bijak, kurang persediaan dan interaksi satu hala, menjadikan pelajar kurang faham dan berasa terbeban dengan ODL.

Buku ini cuba merungkaikan bagaimana pensyarah-pensyarah berdepan dengan cabaran ini dan cuba menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Semoga buku ini menjadi sumber rujukan catatan pengalaman di era pandemik Covid-19 yang bermula pada awal tahun 2020.

Dr. Mohamad Azmi Bin Nias Ahmad @ Nias Hamad
Editor

Penulis-penulis:
Junaidah Jamaluddin, Anis Barieyah Mat Bahari, Azizi @ Hamizi Hashim, Lily Mazlifa Mustafa, Noor Hasimah M. Yacob, Nor Hawani Wan Abdul Rahman, Norlaila Mohd Din, Nur Syazwani Mohammad Fadzillah, Sabariah Jamaluddin, Syahida Md Zeni, Nurul Afzan Najid, Naqiah Awang, Nur Syafiqah Hussin, Suliza Suhaimin, Hanis Syahmie Abdul Rahman, Nur Hani Ithnanin, Nurul Hassanah Hamzah, Humairaa Hasan, Nor Adilla Tajarahim, Norlaily Asnawi Sulaiman


Jika berminat. Sila isikan butiran dibawah 

Nama: 
Alamat: 
No Tel:

RM 25 termasuk POS

PM : Dr Azmi 0192364466

Wednesday, November 24, 2021

Tahniah UiTM Pahang, Tahniah Nurul Afzan!

Tahniah kepada UiTM Cawangan Pahang yang telah memenangi UiTM Techno Venture(UTV)  consultancy Annual Awards 2021. 

Tahniah juga kepada Puan Nurul Afzan Najid kerana disenarai pendek bagi penerima Anugerah Top Talent Awards.


Monday, November 22, 2021

Kejayaan Emas di Pertandingan Inovasi In-ViDE 2021 penuhi dan melengkapkan PI 79d

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pensyarah DM52, PTFT dan Pelajar Praktikal Fakulti Perakaunan yang telah memenangi pingat EMAS di dalam pertandingan inovasi International Virtual Expo of Innovation Product and System Design 2021 (In-ViDE 2021).

Kejayaan ini telah membantu Fakulti Perakaunan memenuhi dan melengkapkan PI 79d - No. of others Research Awards (not organized by UiTM)

Ahli AOTB adalah :
Tajuk: ACCOUNTING ON THE BLOCK (AOTB) - “Basic Card Games: An Entrée to Accounting”
Ketua: Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad
Norlaila Md Din
Junaidah Jamaluddin
Humairaa Hasan
Nurul Hassanah Hamzah
Suliza Suhaimin 
Noor Batrisya Mohmad Badli

Diharapkan penyertaan dan kejayaan yang dicapai ini dapat membakar semangat para pensyarah untuk menyertai lebih banyak pertandingan disamping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.















Bengkel Apa Itu Annual Report? Tahniah Puan Syahida Md Zeni

Pelajar Perakaunan bahagian 3 dan 5 Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah menganjurkan bengkel Apa Itu Annual Report? Annual Report merupakan laporan kewangan daripada aktiviti perusahaan dalam setahun yang penting untuk pelajar bidang perakaunan cakna dan beri perhatian.

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan penerangan tentang Annual Report iaitu salah satu topik yang akan dipelajari pelajar bahagian 3 dan 5. 

Program ini diadakan pada 22 November 2021 (Isnin), 2:30 PM - 4:30 PM di Platform: Microsoft Teams yang dikendalikan oleh Puan Syahida Md Zeni.



Ucapan Tahniah Pelantikan Semula Rektor UiTM Cawangan Pahang

 


Warga Fakulti Perakaunan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Profesor Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan di atas pelantikan semula sebagai Rektor UiTM Cawangan Pahang berkuatkuasa 22 November 2021.

Semoga dengan pelantikan semula ini, YBhg. Prof. dapat terus memacu dan memimpin kecemerlangan warga UiTM Cawangan Pahang.

Tahniah sekali lagi, Prof!

Panduan Print Jadual Waktu Pensyarah