Wednesday, December 15, 2021

Salam takziah

Salam takziah warga Fakulti Perakaunan ucapkan kepada dua orang pelajar AC110 yang baru kehilangan bapa. Pelajar tersebut adalah:-
 
1. Elena Yasmin binti Saiful Azmi - Pelajar Semester 1.
    Kehilangan bapa tercinta Encik Saiful Azmi bin Said.

2. Nelly Sofea binti Mohammad Zaahir Joseph – Pelajar Semester 5.  
    Kehilangan bapa tercinta Encik Mohammad Zaahir Joseph Bin Abdullah

Semoga arwah bapa tercinta di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dan semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan Allah. DariNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali. 

Al Fatihah…

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمَا وَارْحَمْهُمَا وَعَافِهِمَا وَاعْفُ عَنْهُمَا  
Allaahummaghfir lahuma warham huma wa’aafi hima wa’fu anhuma

Artinya, "Ya Allah! Ampunilah (jenazah) keduanya,berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahan keduanya."

Congratulations Nurul Afzan - UiTM Micro credential

As part of Thrust 1 in UiTM 2025 Strategic plan in providing Quality Education, UiTM has soared to the demands of industry and community in developing Micro-Credentials. We are very excited to launch the UITM Micro credential, and you are cordially invited to join us as we celebrate yet another UiTM’s remarkable milestone! 

We are honored to have the Vice-chancellor of UiTM, Prof. Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor who will be officiating the event, and we will be truly grateful to have you to be a part of the ceremony!

The launching ceremony was hosted on UiTM YouTube Channel at 11.30 am on 15th December 2021
Link to the UiTM Micro-Credentials Launching Ceremony: https://www.youtube.com/watch?v=yH9ujHu2K-s

Congratulations to Nurul Afzan Najid for the Micro-credential entitled MICRO-CREDENTIAL IN HANDBOOK FOR FINANCIAL PLANNING & ANALYSIS










100 Days with Rozie | Coffee Talk with Rozie Series 23


Tuesday, December 14, 2021

Mesyuarat bulanan kali Ke-4

Mesyuarat bulanan kali Ke-4
Tarikh : 14 December 2021
Hari:  Selasa
Masa : 9 p.m - 10.30 p.m
Platform : GM https://meet.google.com/zqq-vtub-hhr

Agenda
1. Pengistiharan Kepentingan
2. Perutusan Pengerusi/Pendahuluan
3. Pengesahan Minit Mesyuarat
4. Perkara-perkara Berbangkit
5. Pembentangan Kertas Kerja (Jika ada)
6. Hal-hal Lain
7. Penutup

Wednesday, December 8, 2021

MAJLIS HARI KUALITI UiTM CAWANGAN PAHANG 2021

Majlis Hari Kualiti UiTM Cawangan Pahang 2021 bertarikh & Hari: 8 Disember 2021 (Rabu) pada 9.00 pagi - 1.00 petang bertempat di Al-Biruni 1 dan di platform: Facebook UiTM Cawangan Pahang.

Majlis ini bertujuan bagi memberi pengiktirafan tertinggi oleh pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Pahang kepada warga UiTM Cawangan Pahang yang telah bertungkus-lumus memastikan inisiatif dan pelan pengurusan kualiti berjalan dengan lancar.











EMAS di MAJLIS PENUTUP KARNIVAL INOVASI UTeMEX 2021 VIRTUAL PENUHI PI 79d













Tajuk: SONATAR: Social Enterprise Self-assessment Kit 3.0

Ketua: Prof. Dr. Nafsiah Mohamed (UiTM Shah Alam)
Prof. Madya Dr. Rizal Yaya (Universitas Muhammadiyah, Yogyakarta, Indonesia)
Dr. Farah Aida Ahmad Nadzri (UiTM Shah Alam)
Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad (UiTM Pahang)
Pn. Nur Shafiqa Kapeli (Universiti Mahsa)

Diharapkan penyertaan dan kejayaan yang dicapai ini dapat membakar semangat para pensyarah untuk menyertai lebih banyak pertandingan disamping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.

Tuesday, December 7, 2021

Program Gotong-royong Perdana EKSA UiTM Pahang


Fakulti Perakaunan mengucapkan jutaan TERIMA KASIH di atas penglibatan warga Fakulti dalam menjayakan Program Gotong-royong Perdana EKSA UiTM Pahang anjuran Unit Kualiti UiTM Cawangan Pahang

Memetik ucapan Ketua Unitnya, Encik Mohd Ikhsan Md Raud, "Anda warga yang hebat dan supportive!"

Friday, December 3, 2021

Early Bird : Buku Setahun ODL: Sebuah Catatan Pengalaman


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Buku in ditulis ketika negara masih lagi berjuang melawan pandemik covid-19 yang menjadi asbab kepada pembelajaran Open and Distance Learning ataupun ODL. Tanpa sedar, para pendidik serta pelajar telah memasuki semester ke empat (4) menggunakan ODL. Keputusan menggunakan kaedah pembelajaran ODL ini dibuat setelah mengambil kira faktor kesihatan, keselamatan dan kebajikan pelajar sekiranya kembali ke kampus.

Sebenarnya seawal tahun 1970an lagi kaedah pembelajaran secara ODL sudah diperkenalkan, yakni sebelum internet diperkenalkan kepada umum. Pembelajaran jarak jauh pada kebiasaannya menggunakan pos, radio, telefon dan siaran televisyen ini sangat meluas terutama dikawasan luar bandar. Bahan pengajaran yang disediakan adalah sebenarnya lebih kepada memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menyesuaikan masa mereka dalam mempelajari sesuatu perkara.

Di awal perlaksanaan ODL, pelajar mengharapkan kelas online melalui Google Meet adalah setaraf dengan pembelajaran fizikal di kelas. Disebabkan pengurusan masa yang tidak bijak, kurang persediaan dan interaksi satu hala, menjadikan pelajar kurang faham dan berasa terbeban dengan ODL.

Buku ini cuba merungkaikan bagaimana pensyarah-pensyarah berdepan dengan cabaran ini dan cuba menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Semoga buku ini menjadi sumber rujukan catatan pengalaman di era pandemik Covid-19 yang bermula pada awal tahun 2020.

Dr. Mohamad Azmi Bin Nias Ahmad @ Nias Hamad
Editor

Penulis-penulis:
Junaidah Jamaluddin, Anis Barieyah Mat Bahari, Azizi @ Hamizi Hashim, Lily Mazlifa Mustafa, Noor Hasimah M. Yacob, Nor Hawani Wan Abdul Rahman, Norlaila Mohd Din, Nur Syazwani Mohammad Fadzillah, Sabariah Jamaluddin, Syahida Md Zeni, Nurul Afzan Najid, Naqiah Awang, Nur Syafiqah Hussin, Suliza Suhaimin, Hanis Syahmie Abdul Rahman, Nur Hani Ithnanin, Nurul Hassanah Hamzah, Humairaa Hasan, Nor Adilla Tajarahim, Norlaily Asnawi Sulaiman


Jika berminat. Sila isikan butiran dibawah 

Nama: 
Alamat: 
No Tel:

RM 25 termasuk POS

PM : Dr Azmi 0192364466

Panduan Print Jadual Waktu Pensyarah