Monday, April 10, 2023

CAKNA Risiko Bil. 4/2023 - Sumber-Sumber Risiko Perundangan : Undang-Undang Bertulis (1)

Majlis Iftar Bersama Pelajar Asnaf, Orang Kurang Upaya dan Warga Emas Jengka


Dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM akan menghadiri Majlis Iftar Bersama Pelajar Asnaf, 
Orang Kurang Upaya dan Warga Emas Jengka seperti ketetapan berikut:-

Program  :  Majlis Iftar Bersama Pelajar Asnaf, Orang Kurang Upaya dan Warga Emas Jengka

Tarikh      :  10 April 2023 (Isnin)
Masa        :  4.00 petang
Tempat    :  Masjid Uwais Al Qarni, UiTM Cawangan Pahang
















HEBAHAN KESELAMATAN ICT #3/2023 : ELAKKAN MENGGUNAKAN PERISIAN BERBAHAYA

Friday, April 7, 2023

Webinar: Perakaunan Zakat






Apakah maksud zakat? Berapakah jenis-jenis zakat yang ada? 

Zakat dari segi istilah bermaksud penyerahan yang wajib dilakukan ke atas sebahagian harta kekayaan dari sumber yang baik yang dimiliki seseorang Muslim kepada golongan yang berhak menerimanya. Terdapat beberapa syarat sah zakat dan juga jenis-jenis zakat. Untuk pengetahuan yang lebih lanjut mengenai zakat, anda dijemput untuk menyertai *WEBINAR: PERAKAUNAN ZAKAT*. 

Maklumat program:

📆 Tarikh : *7 APRIL 2023* 
✉️ Hari    : *JUMAAT*
⌚️ Masa  : *10.00 pagi - 12.00 tengahari*
💻 Saluran: *Microsoft Teams*

Link Microsoft Teams: http://surl.li/gdcyz

🕴🏼 Penceramah Jemputan    : 
1) Ustaz Zafridan Bin Mohd Daud
*Ketua Bahagian Pemasaran*
*Pusat Zakat Pahang*                                                                                                                                    

Thursday, April 6, 2023

SESI PENUTUP AUDIT DALAMAN BIL 1/2023 UiTM CAWANGAN PAHANG

Adalah dimaklumkan bahawa pasukan Audit Dalaman UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan Audit Dalam Bil 1/2023 di bahagian/unit/fakulti  

pada 1 hingga 2 Mac 2023 dan 20 hingga 23 Mac 2023 yang lalu. Audit Dalaman ini telah dijalankan serentak di kampus Jengka dan Raub. 






Kenaikan pangkat ke gred DM54

Setinggi2 tahniah diucapkan kepada Prof Madya Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad atas kenaikan pangkat ke gred DM54. Semoga Allah memberkati perjuangan PM Dr dalam dunia akademik ini.

Tahniah diucapkan.





Sanah helwah Puan Junaidah Jamaluddin

Monday, April 3, 2023

Penerbitan bertajuk "Ke arah menjadikan Ramadhan ini yang Terbaik" - Other Publications

Penerbitan bertajuk "Ke arah menjadikan Ramadhan ini yang Terbaik" yang telah ditulis oleh Mohamad Azmi Nias Ahmad & Azizi @ Hamizi Bin Hashim telah memenuhi kriteria sebagai penulisan Other Publications atau lain-lain elektronik media.

Warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang ingin merakam ucapan tahniah dan syabas atas usaha ini. 

InsyaAllah dengan kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk menambahkan penulisan di masa yang akan datang. 

Untuk rekod, ini adalah penulisan lain-lain yang ke-27 bagi tahun 2023 untuk Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang


WEEKLY PROGRAM 1: RAMADONE (RAMADAN YANG TERBAIK)

TONTON DI YOUTUBE - klik disini







BANDAR JENGKA, 2 APRIL 2023 - Program yang bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa dan mahasiswi Pusat Pengajian Perakaunan UiTM Cawangan Pahang (PPP UiTMCPh) tentang amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini telah diadakan melalui platform google meet yang dianjurkankan oleh Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan (PERSIDA).

Menurut Pengarah Program, Saudara Muhammad Asyraaf Wafiy, “Catchphrase “Ramadan yang terbaik” telah digunakan bagi tujuan menambahkan ilmu dan memantapkan lagi amalan bulan Ramadan”. Ia selari dengan matlamat Pelajar PERSIDA untuk menjadi ‘Bumiputera Profesional Muslim’ seharusnya tidak difokuskan kepada ilmu dunia sahaja, tetapi diseimbangi juga dengan ilmu akhirat.

Tazkirah telah disampaikan oleh pensyarah PPP UiTMCPh sendiri, Tuan Haji Azizi @ Hamizi Hashim yang telah berkongsi beberapa tips dan amalan mudah serta praktikal untuk dilakukan khususnya golongan pelajar bagi menjadikan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

Pentazkirah cuba mengajak para pelajar untuk fokus kepada tiga ibadah utama yang amat sinonim dengan bulan Ramadan iaitu Solat, membaca Al-Quran dan bersedekah. Ujar beliau “diharapkan kita semua mampu menjadikan Ramadan kali ini adalah yang terbaik dengan mengambil peluang untuk meningkatkan amalan-amalan ini samada yang wajib atau sunat di bulan Ramadan yang mulia ini”.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar. Susulan daripada program ini, satu lagi program yang diberi nama 'Program Semarak Kasih UITMCPh (Infaq Ramadan 2023)' akan diadakan pada minggu ke 4 kalender akademik. 


✨WEEKLY PROGRAM 1: RAMADONE (RAMADAN YANG TERBAIK)✨
 
📌Makluman kepada semua mahasiswa Fakulti Perakaunan, ahli jawatankuasa PERSIDA ingin memenuhi masa dan ilmu pengetahuan anda dengan pelbagai aktiviti yang menarik setiap 2 minggu sekali.

📌Untuk minggu pertama bagi weekly activity ini, satu "Talk" bersempena bulan Ramadan bakal diadakan. Pelbagai informasi berilmiah dan berguna berkaitan Ramadan akan disampaikan. 

📌 Link Quizziz akan disediakan untuk mahasiswa mengasah pengetahuan umum tentang Ramadan.

Perincian program adalah seperti berikut:  

📆 Tarikh: 2 April 2023 (Ahad)
⏰ Masa: 5.00PM-6.00PM
💻 Platform: Google Meet
🔉 Penceramah: Hj Azizi @ Hamizi Hashim

📌 E-sijil akan disediakan kepada mahasiswa pada akhir setiap program.

📌 Semua mahasiswa dan pensyarah dijemput hadir.

📌 Sila tekan link Google Meet di bawah untuk mengikuti program kami.


📲 Sebarang persoalan atau permasalahan boleh berhubung dengan:

📞 Asyraaf
http://www.wasap.my/601120507150

📞 Aisy
http://www.wasap.my/601129483812

Sekian, terima kasih 😊.

Yang menjalankan tugas, 

Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan (PERSIDA)
UiTM Cawangan Pahang,
Kampus Jengka,
Sesi 2022/2023 
Kesatuan Menuju Kemajuan

Panduan Print Jadual Waktu Pensyarah