Monday, October 28, 2024

EMAS di E-Poster International Competition, Di Konvensyen Pendidikan Sarawak 2024

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pensyarah Fakulti Perakaunan yang telah memenangi pingat EMAS di E-Poster International Competition, Di Konvensyen Pendidikan Sarawak 2024


Tajuk: Accounting on the Block : Advance Board games

Ahli AOTB adalah :
Ketua: Norlaila Md Din
Prof Madya Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad
Junaidah Jamaluddin
Nur Syazwani Mohammad Fadzillah
Faizan Abd Jabar (Fakulti Pengurusan Perniagaan)

Diharapkan penyertaan dan kejayaan yang dicapai ini dapat membakar semangat para pensyarah untuk menyertai lebih banyak pertandingan disamping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.






Friday, October 25, 2024

Penerbitan bertajuk "Lawatan Penanda Aras Kolej Vokasional Sepang ke UiTM Pahang Berjaya Dilaksanakan"

Penerbitan bertajuk "Lawatan Penanda Aras Kolej Vokasional Sepang ke UiTM Pahang Berjaya Dilaksanakan" yang telah ditulis oleh Nurul Afzan Najid & Junaidah Jamaluddin telah memenuhi kriteria sebagai penulisan Other Publications atau lain-lain elektronik media.

Warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang ingin merakam ucapan tahniah dan syabas atas usaha ini. 

InsyaAllah dengan kejayaan yang diperolehi oleh mereka ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada warga fakulti yang lain untuk menambahkan penulisan di masa yang akan datang. 

Untuk rekod, ini adalah penulisan lain-lain yang ke-8 bagi tahun 2024 untuk Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang


Wednesday, October 9, 2024

JEMPUTAN KE PROGRAM UCPh GO CASHLESS @ UiTM PAHANG


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera YBrs. Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan UiTM Cawangan Pahang (UCPh) Kampus Jengka dengan kerjasama pihak PayNet akan menganjurkan program UCPh Go Cashless @ UiTM Pahang seperti ketetapan berikut:

🗒️ Tarikh : 15 & 16 Oktober 2024 (Selasa & Rabu)

⏰ Masa : 11.00 pagi hingga 10.00 malam

📍 Lokasi : Dataran Integrasi (Perasmian & Jualan) dan Dewan Al-Biruni 1 (Ceramah dan Pameran)
 
3. Program ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Mohamad Nizar Bin Dato’ Sri Mohamad Najib DSAP, EXCO Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang. Antara pengisian menarik pada 16 Oktober 2024 (Rabu) ialah slot ceramah dengan tajuk 'Tolong Jangan Jadi Mangsa' disampaikan oleh Polis Diraja Malaysia dan tajuk 'Solusi Kewangan' disampaikan oleh Bank Islam Malaysia Berhad.

Sehubungan itu, YBrs. Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program yang bakal berlangsung. Bersama ini dilampirkan juga tentatif program untuk panduan dan rujukan semua. Kesudian YBrs. Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan menghadiri program ini amatlah dihargai.

والسلام, Sekian terima kasih.


اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang menjalankan amanah,

b.p Timbalan Bendahari


🕰️  Jam latihan disediakan kepada staf UiTM yang menghadiri program ceramah 
💰  Insentif menarik menanti pemenang cabutan bertuah

Wednesday, August 21, 2024

Pelajar AC110 bersama CS110 & AM110 Cemerlang di i-SIIDEC 2024

Tahniah kepada kumpulan AOTB Baby kerana telah berjaya di i-SIIDEC bertempat di Dewan Mawar UiTM Shah Alam.

Project : Helirides Express
Pencapaian : Gold

Project : Eagleeyes Strike
Pencapaian : 
1. GOLD
2. ⁠Ke 3 Keseluruhan IPT
3. ⁠Anugerah Khas - Ruang Pameran Terbaik


















Wednesday, August 14, 2024

Tahniah dan Terima kasih




Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Lily Mazlifa atas sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat sebagai Koordinator PraSiswazah Fakulti Perakaunan UITM Pahang. Semoga Puan Lily Mazlifa akan terus bergiat aktif dalam membantu fakulti mencapai kecemerlangan.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Puan Anis Barieyah Mat Bahari di atas perlantikan sebagai Koordinaator PraSiswazah Fakulti Perakaunan UITM Pahang bermula 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2026. Selamat berkhidmat diucapkan kepada Puan Anis Barieyah.

Kami, warga Fakulti Perakaunan UITM Pahang akan terus menyokong kepimpinan baru ini dan akan bersama-sama membantu fakulti untuk mencapai kecemerlangan.

#wargafpnpahang

PELANCARAN BULAN INOVASI & KUALITI DAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT UiTM CAWANGAN PAHANG

Tarikh   : 19 Ogos 2024 (Isnin)
Jam       : 8.00 Pagi
Tempat : Perkarangan Tempat Letak Kereta JKEN


Seluruh warga UiTM Cawangan Pahang dijemput hadir memeriahkan pelancaran ini, bagi menyemarakkan cintakan negara digalakkan memakai pakaian atau hiasan patriotik.
Jam latihan disediakan bagi staf yang hadir.

poster pelancaran new.jpg

Sekian untuk makluman  Y.Brs. / Prof. / Prof. Madya/ Dr/ Tuan/ Puan,   


اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Tuesday, July 9, 2024

Majlis Syarahan Profesor - Profesor Dr. Erlane K Ghani, Profesor Perakaunan


Assalamualaikum Warahmatullahi WBT & Salam Sejahtera

YBhg. Prof. Emeritus/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan yang dihormati,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam akan menganjurkan Majlis Syarahan Profesor yang akan disampaikan oleh YBrs. Profesor Dr. Erlane K Ghani, Profesor Perakaunan yang bertajuk The Nexus of Climate Change and Financial Reporting Landscape - Shifting Roles of Accountants in Attaining SDG13.

3. Sehubungan itu, pihak Fakulti Perakaunan amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Emeritus/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan untuk menghadiri Majlis Syarahan Profesor yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 10 Julai 2024 (Rabu)
Masa :  10.00 pagi
Pautan : https://www.youtube.com/live/132bXOfo-tE?si=V-608OfZIhX_mLE9

4. Kehadiran dan sokongan YBhg. Prof. Emeritus/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Dilampirkan bersama aturcara majlis sebagai rujukan.


Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

#factuitm
#FACT
#TogetherWeExcel

Unit Komunikasi Korporat 
Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam
42300 Puncak Alam, Selangor

Panduan Print Jadual Waktu Pensyarah