Friday, August 20, 2021

Mesyuarat peperiksaan peringkat fakulti bagi semester Mac - Ogos 2021

Alhamdulillah...selesai mesyuarat peperiksaan peringkat fakulti bagi semester Mac - Ogos 2021. Keputusan peperiksaan akan diumumkan pada 10 September 2021. Kuliah bagi semester baru akan bermula pada 11 October 2021. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Selamat bersara juga kepada En Mohamad Sabri Yusoh...terima kasih yang tak terhingga atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan En Sabri di UiTM Pahang....semoga ikatan silaturrahim yang terjalin akan terus berpanjangan.

Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Suliza Suhaimin atas khidmat bakti sebagai pensyarah PTFT bagi semester Mac - October 2021. Sekiranya ada peluang, sudilah kiranya berkhidmat lagi dengan kami di sini.

Terima kasih juga kepada semua pensyarah UiTM Cawangan Pahang yang telah menabur bakti dan bertungkus lumus mengajar pelajar Diploma Perakaunan....jasa kalian tidak mampu kami balas. Hanya Allah swt yang mampu membalasnya.

Semoga Allah memberkati kita semua....aamiin.

No comments:

Post a Comment

Sanah Helwah Pn Lily & Pn Nurul Afzan