Thursday, September 2, 2021

Kolokium Pembentangan Penyelidikan Doktor Falsafah Staf Akademik Tamat Cuti Belajar

Sukacita dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Koordinator Pascasiswazah UiTM Cawangan Pahang akan mengadakan Kolokium Pembentangan Penyelidikan Doktor Falsafah Staf Akademik Tamat Cuti Belajar. Program ini bertujuan untuk memberi latihan kepada staf akademik yang terlibat mengembangkan lagi aktiviti penyelidikan di dalam kerjaya di samping berkongsi ilmu pengetahuan dengan staf akademik yang lain. Berikut adalah ketetapan program tersebut:

Tarikh:            2 September 2021 (Khamis) 
Masa:              9.00 pagi - 5.00 petang
Saluran:          Aplikasi Cisco Webex
Pautan:           webex

Sehubungan itu, YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput bersama-sama untuk mengikuti perkongsian ilmu ini. Jadual pembentangan peserta seperti di lampiran.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

No comments:

Post a Comment

Ucapan Tahniah kepada Pelajar Diploma Perakaunan atas Keputusan Peperiksaan Semester Oktober 2025 – Februari 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh p...