Wednesday, September 8, 2021

Penganjuran atau menghadiri latihan/kursus/seminar/bengkel/webinar

 PERMOHONAN PENGANJURAN ATAU MENGHADIRI  LATIHAN/KURSUS/SEMINAR/BENGKEL/WEBINAR UNTUK STAF UiTM CAWANGAN PAHANG

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.    Merujuk kepada keputusan mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Ke-14 Bilangan 6 Tahun 2020 bertarikh 25 September 2020, mesyuarat telah memutuskan bahawa tiada lagi penganjuran atau menghadiri latihan/kursus/seminar/bengkel/webinar untuk staf boleh dijalankan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) UiTM Cawangan Pahang walaupun latihan/kursus/seminar/bengkel/webinar untuk staf tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan.

3.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Tuan/Puan untuk mengemukakan permohonan latihan/seminar/bengkel/webinar staf untuk dibawa ke mesyuarat PPSM sebelum tarikh program diadakan. Bersama-sama ini disertakan tarikh mesyuarat dan tarikh akhir penerimaan kertas kerja bagi Mesyuarat PPSM September 2021 untuk rujukan dan makluman semua.


4.    Sekian untuk makluman dan tindakan semua.

No comments:

Post a Comment

Penyertaan Pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang dalam UiTM Happiness Walk 2025

UiTM Happiness Walk 2025 telah diadakan pada 28 Ogos 2025 (Khamis) di semua kampus UiTM. Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif...