Wednesday, September 8, 2021

Permohonan Etika Penyelidikan daripada Kakitangan dan Pelajar UiTM Cawangan Pahang

 YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
Perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.     Sukacita dimaklumkan Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) UiTM Cawangan Pahang mengalu-alukan permohonan Etika Penyelidikan daripada kakitangan dan pelajar. Sehubungan itu, pemohon boleh memuat turun borang terkini melalui laman sesawang Research Ethic Commitee UiTM di pautan https://www.recuitm.org/applicationforms
 
3.     Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dimuat naik melalui pautan berikut https://forms.gle/g9CitokEDs95i5yd9  untuk kelulusan Jawatakuasa Penyelidikan Negeri (JPN).
 
4.     Berikut disertakan carta alir penghantaran borang permohonan Etika Penyelidikan bagi panduan kakitangan dan pelajar UiTM Cawangan Pahang. Dimajukan panduan mengisi borang dan jadual mesyuarat untuk rujukan selanjutnya.


Sekian, terima kasih.
 
Penyelaras Jawatankuasa Etika Penyelidikan UiTM Cawangan Pahang
--------------------------------------------------------------
Nor Maslina Binti Mohsan (Dr.)
Pensyarah Kanan
Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
UiTM Cawangan Pahang
26400, Jengka, Malaysia
No. Tel Bimbit: 013-7006763
No. Tel Pejabat: 09-4602851
E-mail: recsecretariatphg@uitm.edu.my
E-mail: maslina252@uitm.edu.my

No comments:

Post a Comment

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 41 Emas, 29 Perak...