Friday, September 17, 2021

Selamat maju jaya


Salam. Warga Pusat Pengajian Perakaunan ingin mengucapkankan selamat berpindah ke UiTM Cawangan Terangganu.

Tiada ucapan yang terbaik selain kalungan doa dan ucapan terima kasih tak terhingga di atas segala jasa dan bakti berterusan untuk Pusat Pengajian Perakaunan.

Terima kasih atas usaha keras dan kesabaran yang dicurahkan dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran dan kemudiannya hal ehwal akademik dalam membantu kami di Pusat Pengajian Perakaunan dan seiringan dalam mendidik anak bangsa di UiTM Cawangan Pahang.

Segala kenangan termasuk tawa, duka, penat dan lelah yang pernah kita semua lalui bersama akan menjadi kenangan abadi, terutama ketika berhadapan dengan semester-semester ODL yang amat mencabar.

Saya mewakili Warga Pusat Pengajian Perakaunan juga ingin memohon maaf sekiranya ada tutur kata & tingkah laku kami yang menyinggung perasaan puan Suhaila sepanjang puan berkhidmat di UiTM Cawangan Pahang. Kami juga memohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu dan bantuan yang telah dikongsi dengan kami semua sepanjang puan berada di UiTM Cawangan Pahang. 

Akhir kata saya mewakili seluruh Warga Pusat Pengajian Perakaunan berdoa supaya Pn Suhaila Mat Ali terus berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga Allah membalas budi baik dan pertolongan puan.

Terima kasih

Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad
Ketua Pusat Pengajian Perakaunan
UiTM Cawangan Pahang

No comments:

Post a Comment

Sanah Helwah Pn Lily & Pn Nurul Afzan