Tahniah kepada Editor Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad dan Noor Batrisya Mohmad Badli. Buku berISBN: 978-983-41991-2-8, ini diterbitkan oleh Mohamad Azmi bin Nias Ahmad dan dicetak oleh MARDANI ENTERPRISE. Ia mempunyai 171 mukasurat dan dijual pada harga RM25 dan boleh dibeli di Shopee pada minggu kedua bulan hadapan (Disember 2021).
Tahniah kepada penulis-penulis - Junaidah Jamaluddin, Anis Barieyah Mat Bahari, Azizi @ Hamizi Hashim, Lily Mazlifa Mustafa, Noor Hasimah M. Yacob, Nor Hawani Wan Abdul Rahman, Norlaila Mohd Din, Nur Syazwani Mohammad Fadzillah, Sabariah Jamaluddin, Syahida Md Zeni, Nurul Afzan Najid, Naqiah Awang, Nur Syafiqah Hussin, Suliza Suhaimin, Hanis Syahmie Abdul Rahman, Nur Hani Ithnanin, Nurul Hassanah Hamzah, Humairaa Hasan, Nor Adilla Tajarahim dan Norlaily Asnawi Sulaiman.
Buku in ditulis ketika negara masih lagi berjuang melawan pandemik covid-19 yang menjadi asbab kepada pembelajaran Open and Distance Learning ataupun ODL. Tanpa sedar, para pendidik serta pelajar telah memasuki semester ke empat (4) menggunakan ODL. Keputusan menggunakan kaedah pembelajaran ODL ini dibuat setelah mengambil kira faktor kesihatan, keselamatan dan kebajikan pelajar sekiranya kembali ke kampus.
Sebenarnya seawal tahun 1970an lagi kaedah pembelajaran secara ODL sudah diperkenalkan, yakni sebelum internet diperkenalkan kepada umum. Pembelajaran jarak jauh pada kebiasaannya menggunakan pos, radio, telefon dan siaran televisyen ini sangat meluas terutama dikawasan luar bandar. Bahan pengajaran yang disediakan adalah sebenarnya lebih kepada memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menyesuaikan masa mereka dalam mempelajari sesuatu perkara.
Di awal perlaksanaan ODL, pelajar mengharapkan kelas ‘online’ melalui Google Meet adalah setaraf dengan pembelajaran fizikal di kelas. Disebabkan pengurusan masa yang tidak bijak, kurang persediaan dan interaksi satu hala, menjadikan pelajar kurang faham dan berasa terbeban dengan ODL.
Buku ini cuba merungkaikan bagaimana pensyarah-pensyarah berdepan dengan cabaran ini dan cuba menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Semoga buku ini menjadi sumber rujukan catatan pengalaman di era pandemik Covid-19 yang bermula pada awal tahun 2020.
No comments:
Post a Comment