Thursday, November 11, 2021

Minggu ke 5 Perjumpaan PA diserikan dengan penampilan Istimewa En Zahran

Minggu ke 5 Perjumpaan PA dimulakan dengan Penasihat Akademik bertanya khabar dengan mentee masing-masing. Sesi seterusnya Haji Azizi dan Puan Syahida memperkenalkan KOSISWA kepada pelajar Perakaunan.

Sesi kali ini diserikan dengan sesi perkongsian pengalaman Muhammad Zahran Bin Abd Rahman dimana beliau membentangkan tajuk Seronoknya Menjadi Usahawan. Hampir 300 pelajar menyertai sesi yang bermula pada jam 4 petang dan berakhir pada pukul 5:15 petang ini.

Fakulti Perakaunan mengucapkan Tahniah kepada semua yang terlibat, terutamanya kepada  Encik Muhammad Zahran Bin Abd Rahman, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan, kerana sudi menerima jemputan kami ke program ini.




Rakaman sesi akan mengambil masa satu hari untuk siap dan boleh dilayari di https://fpnpahang.blogspot.com/p/week-6-pengenalan-kosiswa-haji-azizi.html

No comments:

Post a Comment

Penerbitan bertajuk "Boosting Accounting Skills through Visual and Digital Tools: Impact on UiTM Pahang’s Accounting Students" di APS Proceedings - Chapter in book

Tahniah kepada Pelajar: Jasmine Adriana Mahathir, Nor Safiyqa Ali Safran, Sarah Najihah Iqbal Rizal & Nurina Qamariah Saiful Alwi; Tahni...