Friday, January 7, 2022

Impak Psikologi Akibat Kuarantin


YBhg. Dato'/ Datin/ Prof Emeritus/ Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tuan/ Puan,

Impak psikologi akibat terpaksa menjalani kuarantin adalah besar dan boleh mengancam kesejahteraan dan kesihatan mental seseorang terutamanya individu yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental. Antara impak psikologi yang seringkali dialami adalah kemurungan, perasaan gemuruh dan stres yang melampau. Sekiranya gejala kesihatan mental ini berlarutan, gagal dikenalpasti dan tidak ditangani dengan baik, ianya boleh menyebabkan perubahan tingkah laku yang akan menjejaskan fungsi harian seseorang individu. Jika tidak dirawat, ianya boleh memudaratkan kesihatan serta membahayakan nyawa.

Peka dan prihatin terhadap kesihatan mental dan fizikal ahli keluarga serta kenalan yang sedang menjalani kuarantin. Hubungi mereka untuk bertanyakan khabar dan pastikan mereka mendapatkan bantuan dan rawatan sekiranya diperlukan.

Pilihan di tangan anda!

#kitajagakita
#uitmdihatiku

No comments:

Post a Comment

Sesi Libat Urus Pekeliling Akademik Bil. 8/2026 & Dokumen Standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) anjuran Jabatan Akademik dan Antarabangsa. Moderator sesi ialah Profesor Ts Dr Syamsul Nor Azlan Mohamad (BPPA)

Slot 1 : BHEK – PENGURUSAN KURIKULUM Masa : 9.00 – 9.30 pagi         Penceramah : Prof. Madya Dr. Suriyani Ariffin, Pengarah BHEK           ...