Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera YBhg Dato' / Prof. / Dr. /Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Untuk dimaklumkan YBhg Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan tarikh untuk membuat penilaian kendiri TESA untuk sesi perkuliahan semester Oktober 2021-Februari 2022 di platform UFUTURE telah dilanjutkan sehingga 6 Mac 2022. Sehubungan itu setiap pensyarah (tetap / kontrak / sambilan / PTFT) yang belum lagi membuat penilaian TESA boleh berbuat sedemikian selaras dengan pemakaian Pekeliling Akademik Bilangan 14 Tahun 2020 (Pelaksanaan Penilaian Kendiri Oleh Pensyarah Universiti Teknologi MARA).
Penilaian boleh dibuat di sistem UFUTURE (https://ufuture.uitm.edu.my/) di bahagian Evaluation.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan kepada perkara ini adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian dan terima kasih.
No comments:
Post a Comment