Friday, February 4, 2022

Program Wakaf Buku 5.0

 


Assalamualaikum W.B.T / UiTM Dihatiku

YBhg. Dato' / Datuk / Datin Paduka / Prof. / Dr. / Tuan / Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka akan menganjurkan kembali program tahunan perpustakaan iaitu Wakaf Buku 5.0

Tarikh program: Januari sehingga Mac 2022

Objektif program:

1. Meningkatkan kepelbagaian koleksi pusat sumber sekolah.
2. Menggalakkan pembudayaan ilmu dalam kalangan pelajar sekolah.

Sumbangan bahan bacaan terbuka kepada semua warga UiTM Cawangan Pahang dan orang awam sepanjang tempoh program berlangsung.

Penyumbang yang ingin menyalurkan bahan bacaan mereka boleh mendaftar melalui borang yang disediakan di pautan https://bit.ly/programwakafbuku5

Setiap sumbangan atau penyertaan disertakan bersama e-sijil.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi talian 09-4602112.

Jom ramai-ramai turut serta dalam program ini!

No comments:

Post a Comment

Sesi Libat Urus Pekeliling Akademik Bil. 8/2026 & Dokumen Standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) anjuran Jabatan Akademik dan Antarabangsa. Moderator sesi ialah Profesor Ts Dr Syamsul Nor Azlan Mohamad (BPPA)

Slot 1 : BHEK – PENGURUSAN KURIKULUM Masa : 9.00 – 9.30 pagi         Penceramah : Prof. Madya Dr. Suriyani Ariffin, Pengarah BHEK           ...