ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
YBhg. Prof/YBrs. Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik,
Sukacita dimaklumkan, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Pahang akan melancarkan Kaunter Pengisian Borang Cukai Pendapatan (e-Filing) bagi Tahun Taksiran 2021 pada ketetapan berikut:
Tarikh : 22 Mac 2022 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang (rehat 1.00 - 2.00 petang)
Tempat : Lobi Bangunan Pentadbiran (berhadapan dengan kaunter telefonis)
U/P: Pegawai LHDN Cawangan Temerloh dijangka tiba pada jam 10 pagi
Kepada semua staf yang belum mengisi borang e-filing / memerlukan bantuan untuk mengisi e-filing atau sekiranya ada sebarang kemusykilan berkenaan borang cukai, dijemput hadir ke kaunter pada waktu dan tarikh seperti ketetapan diatas.
...MAKLUMAN..
Pihak LHDN turut membuka kaunter pada hari tersebut. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak mereka adalah:
1. Khidmat nasihat percukaian kepada pengunjung kaunter
2. Permohonan nombor PIN e-filing
3. Pendaftaran sijil digital
4. Reset kata laluan sistem e-filing
Bagi pengunjung yang ingin mengisi borang e-filing, sila bawa bersama dokumen berikut:
1. Penyata EC
2. Resit-resit yang berkaitan untuk tahun 2021 (contoh : resit buku, penyata insurans, bil internet, resit zakat dll.)
3. Kad Pengenalan (bagi yang ingin membuat pendaftaran e-filing sahaja)
!! PERHATIAN !!
Mohon para pengunjung kaunter untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Bagi yang bergejala, anda tidak dibenarkan mengunjungi kaunter e-filing tersebut.
Terima kasih..
JEMPUT DATANG YA....
AJK Promosi
Fakulti Perakaunan
UiTM Pahang Kampus Jengka
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka
Pahang
No comments:
Post a Comment