Thursday, April 21, 2022

Jom Baca Bersama 10 Minit

 

Assalamualaikum W.B.T / UiTM Dihatiku

YBhg. Dato' / Datuk / Datin Paduka / Prof. / Dr. / Tuan / Puan

Sempena sambutan Jom Baca Bersama 10 Minit yang dianjurkan secara serentak seluruh Malaysia, Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang akan mengadakan program "Jom Baca Bersama 10 Minit@PUiTM" dengan tema "Bangkit, Baca, Bersyukur". Program ini merupakan salah satu inisiatif menggalakkan budaya membaca di kalangan warga UiTM dan pelajar seterusnya menjadikan rakyat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan dalam pelbagai aspek.

Pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput tuan/puan ke program tersebut pada:  

Tarikh    : 21 April 2022 (Khamis)
Masa      : 11:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat  : Perpustakaan Al-Bukhari & Perpustakaan Tun Abdul Razak
UiTM Cawangan Pahang

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik seluruh warga UiTM Cawangan Pahang untuk turut serta memeriahkan lagi program ini dengan hadir secara fizikal atau kongsikan gambar menarik anda ketika membaca di Facebook atau Instagram dan sertakan tanda pagar:

#malaysiamembaca
#bangsamembacabangsaberjaya
#jombacabersama10minit2022
#bangkitbaca #bersyukur
#pahangmembaca
#puitmmembaca
#wargafpnpahang

No comments:

Post a Comment

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024

UiTM telah dinobatkan sebagai JUARA Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 apabila telah menjuarai kedua-dua fasa. Sebanyak 41 Emas, 29 Perak...